Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian VII
59. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Feedback & supportBilamana seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau pada mana-mana premis, orang, kenderaan, vesel atau pengangkut dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran di bawah seksyen 58 tujuan penggeledahan itu akan terjejas, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan dengan menggunakan kekerasan yang perlu—
memasuki dan menggeledah premis itu;
menahan dan menggeledah mana-mana orang, kenderaan, vesel atau pengangkut;
memeriksa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
menentusahkan ketepatan rekod, pernyataan atau mana-mana maklumat yang diberikan kepada seseorang pegawai diberi kuasa atau kepada Lembaga;
mengutip sampel mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau; atau
menyita mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai dan boleh menjadi keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.