Skip to content

Seksyen 10

of Akta Orang Asli 1954

ActIn forceProvision 10 of 19

Seksyen 10

(1)

Sesuatu masyarakat orang asli yang bermastautin di dalam mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai Rizab Orang Melayu,

Orang Asli 11

hutan rizab atau rizab mergastua di bawah mana-mana undang-undang bertulis boleh, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam undang-undang bertulis itu, terus bermastautin di dalamnya mengikut apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Pihak

Berkuasa Negeri melalui kaedah-kaedah.

(2)

Apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan dengan nyata bahawa kesemua atau mana-mana peruntukan undang-undang bertulis itu tidak berkuat kuasa berkenaan dengan masyarakat orang asli itu atau bahawa mana-mana peruntukan undang-undang bertulis itu hendaklah diubahsuaikan dalam pemakaiannya terhadap masyarakat orang asli itu mengikut apa-apa cara yang akan ditentukan.

(3)

Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan perintah menghendaki mana-mana masyarakat orang asli meninggalkan dan berada di luar mana-mana kawasan itu dan boleh dalam perintah itu membuat apa-apa peruntukan berbangkit termasuklah pembayaran pampasan, sebagaimana yang perlu.

(4)

Apa-apa pampasan yang kena dibayar di bawah subseksyen

(3)

boleh dibayar mengikut seksyen 12.

Pampasan atas pemberian hakmilik tanah Kerajaan yang di atasnya tumbuh pokok buah-buahan atau pokok getah