Skip to content

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Akta Orang Asli 1954

ActIn forceProvision 2 of 19
Seksyen 2

“bahasa orang asli” termasuk apa-apa bahasa dan apa-apa ubah suaian dialek atau bentuk kuno bahasa yang lazim digunakan oleh mana-mana orang asli;

“beri hakmilik” berhubung dengan tanah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa di Semenanjung

Malaysia;

“cara hidup orang asli” termasuklah hidup dalam masyarakat tetap di kampung sama ada di pedalaman atau sepanjang pantai;

“kawasan orang asli” ertinya sesuatu kawasan orang asli yang diisytiharkan sebagai sedemikian di bawah Akta ini;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah bagi Hal Ehwal Orang

Asli yang dilantik di bawah seksyen 5;

“kumpulan etnik orang asli” ertinya sesuatu pembahagian suku orang asli yang berbeza sebagaimana yang dicirikan oleh kebudayaan,

Undang-Undang Malaysia

AKTA 134 6

bahasa atau organisasi sosial dan termasuk mana-mana kumpulan yang boleh diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan perintah, sebagai suatu kumpulan etnik orang asli;

“kumpulan kaum orang asli” ertinya satu daripada tiga kumpulan utama orang asli di Semenanjung Malaysia yang terbahagi mengikut kaum kepada Negrito, Senoi dan Melayu-Proto;

“masyarakat orang asli” ertinya anggota satu kumpulan etnik orang asli yang tinggal bersama di satu tempat;

“rizab orang asli” ertinya sesuatu rizab orang asli yang diisytiharkan sebagai sedemikian di bawah Akta ini;

“tempat yang diduduki oleh orang asli” ertinya mana-mana tempat yang diduduki oleh sesuatu masyarakat orang asli tetapi belum diisytiharkan sebagai kawasan orang asli atau rizab orang asli;

“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah bagi Hal Ehwal Orang Asli yang dilantik di bawah seksyen 5.