Seksyen 19
Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan maksud Akta ini dan khususnya bagi yang berikut:
(a)
pewujudan, jenis dan pengawalseliaan petempatan orang asli di dalam kawasan orang asli dan rizab orang asli;
(b)
melarang sama ada secara mutlak atau secara bersyarat dan mengawal kemasukan mana-mana orang atau mana-mana golongan orang ke dalam rizab orang asli, kawasan orang asli, tempat yang diduduki oleh orang asli dan petempatan orang asli;
(c)
mengadakan peruntukan bagi pelantikan, dan menetapkan kelayakan dan cara melantik mana-mana ketua;
(d)
mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang asli;
(e)
cara membuktikan dan merekodkan hak pendudukan yang diberikan kepada orang asli di bawah Akta ini;
(f)
melarang penanaman mana-mana hasil tertentu di atas tanah yang mengenainya hak pendudukan telah diberikan;
(g)
membenarkan dan mengawal selia penebangan hutan di dalam kawasan orang asli dan rizab orang asli;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 134 16
(h)
membenarkan orang asli mengambil hasil hutan di dalam kawasan orang asli;
(i)
mengawal penangkapan burung dan binatang liar oleh orang asli;
(j)
mengadakan peruntukan bagi penubuhan sekolah di dalam kawasan orang asli, rizab orang asli dan tempat yang diduduki oleh orang asli dan menetapkan kurikulum sekolah itu dan kelayakan bagi guru di sekolah itu;
(k)
menetapkan terma dan syarat yang berasaskannya orang asli diambil kerja, dan peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi membolehkan Ketua
Pengarah mendapatkan apa-apa upah atau gaji yang kena dibayar kepada orang asli itu mengikut peraturan-peraturan itu;
(l)
melarang sama ada secara mutlak atau secara bersyarat kemasukan ke dalam atau pengedaran di dalam mana-mana kawasan orang asli, rizab orang asli atau tempat yang diduduki oleh orang asli apa-apa benda bertulis atau bercetak, apa-apa filem sinematograf dan segala benda sama ada sama jenisnya dengan benda bertulis atau bercetak atau tidak mengandungi apa-apa gambaran tampak, atau yang dengan rupanya, bentuknya atau dengan apa-apa cara lain yang boleh membayangkan perkataan atau idea dan tiap-tiap salinan dan pengeluaran semula atau pengeluaran semula sebahagian besarnya;
(m)
melarang sama ada secara mutlak atau secara bersyarat penjualan atau pemberian apa-apa minuman keras yang memabukkan sebagaimana yang ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan eksais kepada mana-mana orang asli atau masyarakat orang asli yang tertentu atau di dalam mana-mana kawasan orang asli, rizab orang asli atau tempat yang diduduki oleh orang asli; dan
(n)
menetapkan istilah dengannya orang asli, masyarakat orang asli dan kumpulan etnik orang asli akan disebut.
(o)
(Ditinggalkan).
(2)
Tiada peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud perenggan
(1)
, (e), (f), (g), (h) atau (i) melainkan Kerajaan Negeri di mana peraturan-peraturan itu akan berkuat kuasa telah dirundingi terlebih dahulu.
Orang Asli 17