Skip to content

Seksyen 7

Rizab orang asli

of Akta Orang Asli 1954

ActIn forceProvision 7 of 19
Seksyen 7
(1)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam

Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan yang diduduki hanya oleh orang asli sebagai suatu rizab orang asli:

Dengan syarat—

(i)

jika didapati tidak mungkin orang asli akan tinggal kekal di tempat itu, tempat itu tidak boleh diisytiharkan sebagai rizab orang asli tetapi hendaklah menjadi sebahagian daripada kawasan orang asli; dan

(ii)

suatu rizab orang asli boleh diadakan di dalam sesuatu kawasan orang asli.

(2)

Di dalam sesuatu rizab orang asli—

(i)

tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai Rizab Orang Melayu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan Rizab Orang Melayu;

(ii)

tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai tempat perlindungan atau rizab di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pelindungan binatang dan burung liar;

(iii)

tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai hutan rizab di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hutan;

(iv)

tiada tanah boleh diberikan hakmilik, diberikan, dipajakkan atau selainnya dilupuskan kecuali kepada orang asli daripada masyarakat orang asli yang biasanya bermastautin di dalam rizab itu; dan

(v)

tiada pendudukan sementara mana-mana tanah boleh dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah.

(3)

Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan cara yang sama membatalkan keseluruhan atau sebahagian atau mengubah mana-mana perisytiharan rizab orang asli yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Undang-Undang Malaysia

AKTA 134 10