Seksyen 14
Orang dilarang masuk ke kawasan orang asli dan rizab orang asli
Menteri boleh, jika dia berpuas hati bahawa dengan mengambil kira pentadbiran sepatutnya kebajikan orang asli dalam mana-mana kawasan orang asli atau rizab orang asli atau tempat yang diduduki oleh orang asli, adalah perlu supaya mana-mana orang atau golongan orang patut dilarang daripada memasuki atau berada dalam kawasan, rizab atau tempat itu, membuat suatu perintah bagi maksud itu dalam bentuk yang ditetapkan dalam Jadual.
(2)
Perintah itu apabila dialamatkan kepada seseorang individu, boleh disampaikan kepada orang yang dinamakan dalam perintah itu oleh seorang pegawai polis atau oleh mana-mana orang yang boleh diarahkan oleh Menteri untuk menyampaikannya.
(b)
Perintah itu hendaklah, jika boleh dilaksanakan, disampaikan kepada orang yang dinamakan dalam perintah itu sendiri dengan
Orang Asli 13
menunjukkan kepadanya perintah asal dan dengan memberikan atau menyerahkan suatu salinan perintah itu yang ditandatangani oleh Menteri kepadanya.
(c)
Jika perintah itu tidak dapat disampaikan dengan mudah seperti tersebut terdahulu pegawai penyampai itu hendaklah menampalkan satu salinan perintah itu di suatu bahagian rumah itu yang mudah dilihat atau di tempat lain di mana orang yang dinamakan dalam perintah itu biasanya bermastautin dan dengan demikian perintah itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya.
(d)
Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Menteri bahawa suatu perintah telah disampaikan dengan sepatutnya kepada orang yang dinamakan dalam perintah itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding kehakiman dan apabila dikemukakan perakuan itu mahkamah hendaklah menganggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa perintah itu telah disampaikan dengan sewajarnya.
(3)
Perintah itu, apabila dialamatkan kepada suatu golongan orang, hendaklah disiarkan dalam Warta.
(4)
Mana-mana orang yang kepadanya telah disampaikan suatu perintah mengikut seksyen ini yang dijumpai dalam mana-mana kawasan orang asli, rizab orang asli atau mana-mana tempat yang diduduki oleh orang asli yang disebut dalam perintah itu dan mana-mana orang yang anggota mana-mana golongan orang yang telah dilarang daripada memasuki atau berada dalam mana-mana kawasan orang asli, rizab orang asli atau mana-mana tempat yang diduduki oleh orang asli dan dia dijumpai di dalam kawasan, rizab atau tempat itu orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
(5)
Mana-mana orang yang didapati melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (4) boleh ditangkap tanpa waran oleh Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai polis.