Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

17. Orang asli tidak boleh dilarang masuk ke mana-mana sekolah

Feedback & support
(1)

Tiada kanak-kanak orang asli boleh dihalang daripada pergi ke mana-mana sekolah semata-mata oleh sebab dia orang asli.

(2)

Tiada kanak-kanak orang asli yang pergi ke mana-mana sekolah boleh diwajibkan menghadiri apa-apa pengajaran agama melainkan jika persetujuan bapanya atau ibunya, jika bapanya telah mati, atau penjaganya, jika kedua-dua ibu bapanya telah mati, telah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah terlebih dahulu dan disampaikan oleh Ketua Pengarah secara bertulis kepada guru besar sekolah yang berkenaan itu.

(3)

Mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Orang Asli 15

Report