8. Hak menduduki
Feedback & supportPihak Berkuasa Negeri boleh memberikan hak menduduki mana-mana tanah yang bukan tanah yang diberikan hakmilik atau tanah yang dipajakkan bagi apa-apa maksud di dalam mana-mana kawasan orang asli atau rizab orang asli.
Hak menduduki boleh diberikan—
kepada—
mana-mana individu orang asli;
anggota mana-mana keluarga orang asli; atau
anggota mana-mana masyarakat orang asli;
tanpa perlu membayar sewa atau tertakluk kepada apa-apa sewa yang boleh dikenakan dalam pemberian itu;
dan
tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan dengan pemberian itu, dan hendaklah disifatkan sebagai tidak memberi mana-mana orang apa-apa hakmilik yang lebih baik daripada hakmilik seorang penyewa atas ihsan.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pemberian hakmilik, pemberian atau pemajakan mana-mana tanah daripada kepada mana-mana orang asli.