Seksyen 12
Pampasan
Jika mana-mana tanah disingkirkan daripada mana-mana kawasan orang asli atau rizab orang asli atau jika mana-mana tanah di dalam mana-mana kawasan orang asli diberikan hakmilik, diberikan, dipajakkan bagi apa-apa maksud atau selainnya dilupuskan,
Undang-Undang Malaysia
AKTA 134 12
atau jika apa-apa hak atau keistimewaan di dalam mana-mana kawasan orang asli atau rizab orang asli yang diberikan kepada mana-mana orang asli atau masyarakat orang asli dibatalkan keseluruhannya atau sebahagiannya, Pihak Berkuasa Negeri boleh memberikan pampasan baginya dan boleh membayar pampasan itu kepada orang yang pada pendapatnya berhak kepadanya atau boleh, jika difikirkannya patut, membayar pampasan itu kepada Ketua
Pengarah untuk disimpan olehnya sebagai suatu kumpulan wang am bagi orang itu atau bagi masyarakat orang asli itu sebagaimana yang diarahkan, dan untuk ditadbirkan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Menteri.