Seksyen 15
Pengusiran orang yang tidak diingini
Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai polis boleh menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam mana-mana kawasan orang asli, rizab orang asli atau mana-mana tempat yang
Undang-Undang Malaysia
AKTA 134 14
diduduki orang asli jika dia ada sebab bagi mempercayai bahawa aktiviti orang itu memudaratkan kebajikan mana-mana orang asli atau mana-mana masyarakat orang asli dan hendaklah memindahkan orang itu dari kawasan, rizab atau tempat itu dalam tempoh tujuh hari dari tarikh dia ditahan.
(2)
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai polis yang menahan atau memindahkan mana-mana orang mengikut subseksyen (1)
hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin melaporkan segala hal keadaan itu secara bertulis kepada Menteri.