Skip to content

Seksyen 3

Takrif orang asli

of Akta Orang Asli 1954

ActIn forceProvision 3 of 19
Seksyen 3
(1)

Dalam Akta ini orang asli ialah—

(a)

mana-mana orang yang bapanya ialah anggota kumpulan etnik orang asli, yang bercakap bahasa orang asli dan lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan orang asli, dan termasuk seorang keturunan melalui jurai lelaki orang itu;

(b)

mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa bayi oleh orang asli yang telah dibesarkan sebagai seorang orang asli, lazimnya bercakap bahasa orang asli, lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan orang asli dan ialah anggota suatu masyarakat orang asli; atau

(c)

anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan orang asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa orang asli, lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan orang asli dan masih lagi menjadi anggota suatu masyarakat orang asli.

Orang Asli 7

(2)

Mana-mana orang asli yang oleh sebab memeluk mana-mana agama lain atau kerana apa-apa sebab lain tidak lagi berpegang kepada kepercayaan orang asli tetapi dia masih mengikut cara hidup orang asli dan adat orang asli atau bercakap bahasa orang asli tidak boleh disifatkan tidak lagi menjadi orang asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu.

(3)

Apa-apa persoalan sama ada mana-mana orang ialah orang asli atau bukan orang asli hendaklah diputuskan oleh Menteri.