Seksyen 6
Kawasan orang asli
Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan yang diduduki kebanyakannya atau hanya oleh orang asli, yang belum lagi diisytiharkan sebagai rizab orang asli di bawah seksyen 7, sebagai suatu kawasan orang asli dan boleh mengisytiharkan kawasan itu untuk dibahagikan kepada satu kanton orang asli atau lebih:
Dengan syarat bahawa jika ada lebih daripada satu kumpulan etnik orang asli maka hendaklah ada bilangan kanton yang sama banyaknya dengan bilangan kumpulan etnik orang asli.
(2)
Di dalam sesuatu kawasan orang asli—
(i)
tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai Rizab Orang Melayu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan Rizab Orang Melayu;
(ii)
tiada tanah boleh diisytiharkan sebagai suatu tempat perlindungan atau rizab di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pelindungan haiwan dan burung liar;
(iii)
tiada tanah boleh diberi hakmilik, diberikan, dipajakkan atau selainnya dilupuskan kepada orang yang bukan orang asli yang biasanya bermastautin di dalam kawasan orang asli itu atau kepada mana-mana perusahaan komersial tanpa berunding dengan Ketua Pengarah; dan
(iv)
tiada lesen bagi pemungutan hasil hutan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hutan boleh dikeluarkan kepada orang yang bukan orang asli yang biasanya bermastautin di dalam kawasan orang asli itu atau kepada mana-mana perusahaan komersial tanpa berunding dengan Ketua Pengarah dan dalam memberikan apa-apa lesen sedemikian bolehlah diperintahkan supaya suatu kadar tertentu buruh orang asli diambil kerja.
(3)
Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan cara yang sama membatalkan keseluruhan atau sebahagian atau mengubah mana-mana perisytiharan kawasan orang asli yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Orang Asli 9