Seksyen 5
Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah
Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Ketua
Pengarah bagi Hal Ehwal Orang Asli, dan seberapa ramai Timbalan
Ketua Pengarah bagi Hal Ehwal Orang Asli dan pegawai lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.
(2)
Menjadi sah bagi Ketua Pengarah untuk melakukan segala perbuatan yang semunasabahnya perlu dan bersampingan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini termasuk penjalanan penyelidikan terhadap apa-apa aspek kehidupan orang asli.
(3)
Semua kuasa Ketua Pengarah di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh Timbalan Ketua Pengarah.
(4)
Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Undang-Undang Malaysia
AKTA 134 8