Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

18. Kanak-kanak orang asli tidak boleh diambil sebagai anak angkat, dsb

Feedback & support
(1)

Tiada seseorang yang bukan orang asli daripada kumpulan etnik yang sama boleh mengambil sebagai anak angkat atau mengambil alih pemeliharaan, penjagaan atau pengawalan mana-mana kanak-kanak orang asli kecuali dengan persetujuan Ketua

Pengarah dan dalam memberikan persetujuan itu Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar seksyen ini atau melakukan suatu pelanggaran terhadap apa-apa syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report