Seksyen 2
Tafsiran
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“akaun amanah” ertinya akaun amanah yang disebut dalam seksyen 111 atau 122;
“aktiviti terkawal” ertinya mana-mana jenis aktiviti terkawal yang ditentukan dalam Bahagian 1 Jadual 2;
“amanah perniagaan” ertinya suatu skim unit amanah yang operasi atau pengurusan skim itu dan harta atau aset skim itu diuruskan oleh seorang pengurus pemegang amanah;
“anak syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 5 *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“aset”, berhubung dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal, ertinya segala aset pemegang itu, sama ada atau tidak digunakan berkaitan dengan penjalanan aktiviti terkawal oleh pemegang itu;
“bank berlesen” ertinya bank yang dilesenkan di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
“bank Islam” ertinya bank yang dilesenkan di bawah **Akta Bank
Islam 1983 [Akta 276];
“Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];
“bank saudagar berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam ***Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
**CATATAN—Akta Bank Islam 1983 dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
[Akta 759]–lihat seksyen 282 Akta 759.
***CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013–lihat seksyen 271
Akta 758.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 33
“berniaga dalam derivatif” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Bahagian 2 Jadual 2;
“berniaga dalam sekuriti” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Bahagian 2 Jadual 2;
“buku” termasuklah—
(a)
daftar;
(b)
apa-apa rekod maklumat lain;
(c)
akaun atau rekod perakaunan, tidak kira bagaimana jua pun disusun, direkodkan atau disimpan; dan
(d)
dokumen;
“bursa derivatif” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang berhubungan dengannya suatu kelulusan di bawah subseksyen 8(2)
sedang berkuat kuasa;
“Bursa Ditentukan” ertinya seseorang atau suatu badan yang mengendalikan suatu pasaran derivatif di luar Malaysia dan ditentukan sebagai Bursa Ditentukan di bawah seksyen 105;
“bursa saham” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang berhubungan dengannya suatu kelulusan di bawah subseksyen 8(2)
sedang berkuat kuasa;
“debentur” termasuklah stok debentur, bon, nota dan apa-apa keterangan keterhutangan yang lain sesuatu perbadanan bagi wang yang dipinjam, sama ada atau tidak merupakan suatu gadaian ke atas aset perbadanan itu, tetapi tidak boleh ditafsirkan sebagai terpakai bagi mana-mana yang berikut:
(a)
apa-apa surat cara yang mengesahkan atau mewujudkan keterhutangan bagi, atau bagi wang yang dipinjam untuk membayar balasan yang kena dibayar di bawah, suatu kontrak jualan atau perbekalan barangan, harta atau
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
perkhidmatan atau apa-apa kontrak sewaan dalam perjalanan biasa urusan;
(b)
cek, draf bank atau apa-apa bil pertukaran yang lain atau surat kredit;
(c)
nota bank, jaminan atau polisi insurans;
(d)
penyata, buku akaun bank atau dokumen lain yang menunjukkan apa-apa baki dalam akaun semasa, deposit atau simpanan;
(e)
apa-apa perjanjian bagi suatu pinjaman jika pemberi pinjam dan peminjam ialah penandatangan perjanjian itu dan jika peminjaman wang adalah dalam perjalanan biasa urusan pemberi pinjam itu, dan apa-apa nota janji hutang yang dikeluarkan di bawah terma perjanjian itu; atau
(f)
apa-apa surat cara atau produk atau kelas surat cara atau produk sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor
Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“depositori pusat” ertinya depositori pusat yang telah diluluskan oleh
Menteri di bawah subseksyen 5(1) Akta Perindustrian Sekuriti
(Depositori Pusat) 1991 [Akta 453]—
(a)
untuk menubuhkan dan mengendalikan suatu sistem bagi pengendalian pusat sekuriti, sama ada atau tidak disenaraikan di mana-mana bursa saham—
(i)
yang dengannya semua sekuriti itu didepositkan dengan dan dipegang dalam jagaan oleh, atau didaftarkan atas nama, syarikat itu atau syarikat penamanya bagi pendeposit dan perniagaan berkenaan dengan sekuriti itu dilaksanakan melalui catatan dalam akaun sekuriti tanpa penyerahan fizikal skrip; atau
(ii)
yang membenarkan atau memudahkan penyelesaian transaksi sekuriti atau perniagaan sekuriti tanpa penyerahan fizikal skrip; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 35
(b)
untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan lain yang bersampingan dengannya;
“derivatif” ertinya mana-mana kontrak, sama ada bagi maksud mewujudkan suatu obligasi atau suatu hak atau mana-mana kombinasi kedua-duanya, yang nilai pasaran, penghantaran atau obligasi pembayarannya diperoleh daripada, merujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti sandaran atau komoditi, aset, kadar, indeks atau mana-mana kombinasinya, sama ada ia suatu derivatif terselaras ataupun derivatif melalui kaunter, tetapi tidak termasuk—
(a)
sekuriti;
(b)
mana-mana derivatif yang Bank Negara atau Kerajaan
Malaysia ialah suatu pihak;
(c)
mana-mana derivatif melalui kaunter yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya semata-mata diperoleh daripada, merujuk kepada atau berdasarkan, kadar pertukaran mata wang; atau
(d)
mana-mana perjanjian, apabila dibuat, adalah dalam suatu kelas perjanjian yang ditetapkan sebagai bukan derivatif;
“derivatif melalui kaunter” ertinya derivatif selain derivatif terselaras;
“derivatif terselaras” ertinya suatu derivatif, termasuk suatu kontrak niaga hadapan, yang didagangkan dalam bursa derivatif, yang sifat intrinsiknya ditentukan oleh bursa derivatif itu dan dagangannya dijelaskan dan diselesaikan oleh pusat penjelasan diluluskan;
“disenaraikan”, berhubung dengan suatu sekuriti atau perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, ertinya apa-apa sekuriti atau perbadanan yang sekuritinya atau apa-apa kelas sekuritinya yang diterima untuk disebut harga di pasaran saham sesuatu bursa saham;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan jika tiada cara disebutkan ertinya ditetapkan melalui perintah yang
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
disiarkan dalam Warta, dan kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang, sekuriti, derivatif atau transaksi yang berlainan, atau kelas, kategori atau perihalan orang, sekuriti, derivatif atau transaksi yang berlainan;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“gabungan”, berhubung dengan sesuatu bursa derivatif atau pusat penjelasan suatu bursa derivatif , ertinya mana-mana orang, tidak kira bagaimana jua pun diperihalkan, yang menjadi pihak kepada suatu kontrak yang masih berterusan dengan bursa derivatif atau pusat penjelasan bursa derivatif itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang orang itu bersetuju terikat dengan kaedah-kaedahnya;
“institusi berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
*Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;
“instrumen”, berhubung dengan derivatif, ertinya—
(a)
apa-apa jua yang boleh dihantar serah di bawah suatu perjanjian bagi penghantarserahannya, termasuk komoditi, atau dokumen yang mewujudkan atau memberikan keterangan mengenai sesuatu perkara dalam tindakan; atau
(b)
apa-apa perkara lain yang ditetapkan sebagai suatu instrumen bagi maksud Akta ini;
“juruaudit” ertinya juruaudit syarikat yang diluluskan mengikut pengertian **Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
*CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013–lihat seksyen 271
Akta 758.
**CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 37
“kaedah-kaedah”, berhubung dengan—
(a)
suatu bursa saham, ertinya memorandum persatuan dan perkara persatuan, atau kaedah-kaedah atau arahan, dengan apa jua nama disebut dan di mana-mana jua terkandung, yang mengawal keanggotaan, pengurusan, pengendalian atau tatacara bursa saham itu, atau kelakuan organisasi pesertanya dan, tanpa mengehadkan keluasan makna yang terdahulu, termasuklah—
(i)
kaedah-kaedah yang terkandung dalam memorandum persatuan dan perkara persatuan atau dokumen konstituen lain bursa saham itu;
(ii)
kaedah-kaedah dan tatacara yang mengawal sebut harga sekuriti di pasaran saham bursa saham dan kehendak penyenaraian;
(iii)
kaedah-kaedah untuk memastikan pematuhan oleh organisasi peserta mengenai mana-mana obligasi yang dikenakan oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain; dan
(iv)
kaedah-kaedah berkenaan dengan perkara lain yang perlu atau wajar bagi pengendalian dan pengurusan yang sepatutnya dan cekap bursa saham itu, termasuk kaedah-kaedah yang menetapkan fi dan caj;
(b)
suatu pusat penjelasan diluluskan, ertinya memorandum persatuan dan perkara persatuan, atau kaedah-kaedah atau arahan, dengan apa jua nama disebut dan di mana-mana jua terkandung, yang mengawal keanggotaan, pengurusan, pengendalian atau prosedur pusat penjelasan yang diluluskan itu dan, tanpa mengehadkan keluasan makna yang terdahulu, termasuklah kaedah-kaedah dan arahan yang berhubungan dengan—
(i)
penyediaan perkhidmatan penjelasan dan penyelesaian, dan penggantungan atau penarikan balik perkhidmatan itu;
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
(ii)
penyediaan perkhidmatan selain perkhidmatan yang disebut dalam subperenggan (i);
(iii)
orang yang boleh menyertai dalam satu atau lebih perkhidmatan yang disebut dalam subperenggan (i)
atau (ii);
(iv)
penetapan fi dan caj; dan
(v)
kaedah-kaedah ingkar;
(c)
suatu depositori pusat, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori
Pusat) 1991;
(d)
suatu bursa derivatif , ertinya memorandum persatuan dan perkara persatuan, atau kaedah-kaedah atau arahan, dengan apa jua nama disebut dan di mana-mana jua terkandung, yang mengawal keanggotaan, pengurusan, pengendalian atau tatacara bursa derivatif itu atau kelakuan gabungannya;
(e)
suatu syarikat pemegangan bursa, ertinya memorandum persatuan dan perkara persatuan, termasuk kaedah-kaedah yang mengawal selia aktiviti dan penjalanan syarikat itu atas sifatnya sebagai suatu syarikat pemegangan bursa;
(f)
suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, ertinya memorandum persatuan dan perkara persatuan suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, atau kaedah-kaedah atau arahan, dengan apa jua nama disebut dan di mana-mana jua terkandung, mengawal keanggotaan, pengurusan, pengendalian atau tatacara sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf atau kelakuan anggota organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu; dan
(g)
repositori dagangan, ertinya memorandum persatuan dan perkara persatuan, atau kaedah-kaedah atau arahan, dengan apa jua nama disebut dan di mana-mana jua terkandung, yang mengawal keanggotaan, pengurusan, pengendalian atau tatacara sesuatu repositori dagangan;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 39
“kehendak penyenaraian”, berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan yang menubuhkan atau mengendalikan, atau bercadang untuk menubuhkan atau mengendalikan, suatu pasaran saham suatu bursa saham, ertinya kaedah-kaedah yang mengawal atau yang berhubungan dengan—
(a)
penerimaan masuk dalam senarai rasmi mana-mana pertubuhan perbadanan, kerajaan, badan tidak diperbadankan atau mana-mana orang lain bagi maksud sebut harga dalam pasaran saham, sekuriti yang diterbitkan atau diadakan oleh suatu pertubuhan perbadanan, kerajaan, badan tidak diperbadankan atau mana-mana orang lain atau pengeluaran daripada senarai rasmi itu dan bagi maksud lain; atau
(b)
aktiviti atau penjalanan mana-mana pertubuhan perbadanan, kerajaan, badan tidak diperbadankan dan mana-mana orang lain yang diterima masuk ke dalam senarai itu, sama ada kaedah-kaedah itu—
(A)
dibuat oleh pertubuhan perbadanan itu atau terkandung dalam mana-mana dokumen konstituen pertubuhan perbadanan itu;
atau
(B)
dibuat oleh seorang lain dan diterima pakai oleh pertubuhan perbadanan itu;
“kelab rekreasi tidak tersenarai” ertinya suatu perbadanan yang memberikan hak kepada pemegang syer atau debenturnya untuk menggunakan atau menikmati apa-apa kemudahan rekreasi, percutian atau kemudahan lain yang berkaitan dan yang syer atau debenturnya tidak tersenarai atau dicadangkan untuk disenaraikan bagi sebut harga di mana-mana pasaran saham suatu bursa saham;
“kemudahan penjelasan” ertinya—
(a)
suatu kemudahan untuk penjelasan atau penyelesaian bagi—
(i)
transaksi sekuriti yang didagangkan di bursa saham; atau
(ii)
derivatif yang didagangkan di pasaran derivatif;
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
(b)
suatu kemudahan bagi jaminan penyelesaian transaksi yang disebut dalam perenggan (a); atau
(c)
apa-apa kemudahan penjelasan atau penyelesaian atau kemudahan kelas penjelasan atau penyelesaian lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Suruhanjaya dengan kelulusan Menteri;
“ketua eksekutif”, berhubung dengan suatu perbadanan, ertinya pegawai eksekutif utama perbadanan itu pada masa ini, dengan apa jua nama yang disebut, dan sama ada dia seorang pengarah atau tidak;
“klien”, berhubung dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal, ertinya—
(a)
seseorang yang bagi pihaknya pemegang menjalankan atau akan menjalankan mana-mana aktiviti terkawal; atau
(b)
mana-mana orang lain yang dengan pemegang, sebagai prinsipal, membuat atau akan membuat transaksi—
(i)
bagi maksud perniagaan sekuriti; atau
(ii)
bagi maksud perniagaan dalam derivatif, tetapi tidak termasuk mana-mana orang atau kelas orang sebagaimana yang ditetapkan;
“kontrak niaga hadapan” ertinya suatu derivatif yang didagangkan dalam bursa derivatif yang mewujudkan suatu obligasi penghantaran fizikal atau penerimaan penghantaran fizikal instrumen sandaran derivatif itu, dengan kuantiti dan kualitinya ditentukan oleh bursa derivatif itu, pada tarikh yang ditetapkan pada masa hadapan pada harga yang ditetapkan, dan yang boleh diselesaikan secara tunai sebagai ganti kepada penghantaran fizikal;
“laporan derivatif” ertinya suatu analisis atau laporan yang mengandungi syor mengenai perniagaan dalam derivatif;
“lembaga”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya lembaga pengarah atau pihak berkuasa pentadbiran lain perbadanan itu;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 41
“lesen” ertinya Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau Lesen Wakil
Perkhidmatan Pasaran Modal yang diberikan di bawah seksyen 61;
“Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal” ertinya lesen yang diberikan di bawah seksyen 61;
“Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal” ertinya lesen yang diberikan di bawah seksyen 61;
“Majlis Penasihat Syariah” ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993
[Akta 498];
“menasihati kewangan korporat” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Bahagian 2 Jadual 2;
“menentukan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya menentukan secara bertulis, dan kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang, sekuriti, derivatif atau transaksi yang berlainan, atau kelas, kategori atau perihalan orang, sekuriti, derivatif atau transaksi yang berlainan;
“menerbitkan” ertinya—
(a)
berhubung dengan sekuriti, mewujudkan atau menyebabkan diwujudkan sekuriti itu; dan
(b)
berhubung dengan suatu notis, prospektus atau dokumen lain, mengedarkan atau menyebarkan notis, prospektus atau dokumen itu;
“mengurus kumpulan wang” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Bahagian 2 Jadual 2;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“menutupkan”, berhubung dengan suatu derivatif, ertinya menunaikan obligasi seseorang dalam kedudukan panjang atau
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
kedudukan pendek di bawah suatu derivatif dan hendaklah termasuk penunaian obligasi itu hasil pemadanan derivatif itu dengan derivatif yang sama jenis yang orang itu dianggap telah mengambil kedudukan pendek yang boleh mengofset atau kedudukan panjang yang boleh mengofset, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“merancang kewangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Bahagian 2 Jadual 2;
“nasihat pelaburan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Bahagian 2 Jadual 2;
“nilai”, berhubung dengan sesuatu aset, termasuklah amaun;
“nota kontrak” ertinya dokumen yang dikeluarkan oleh pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah seksyen 90;
“orang berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan di bawah seksyen 76;
“orang berlesen” ertinya seseorang yang memegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal dan termasuklah seseorang yang memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal;
“orang bersekutu” hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 3;
“orang ditentukan” ertinya seseorang atau kelas orang yang ditentukan dalam Jadual 3;
“organisasi pengawalseliaan sendiri” ertinya sesebuah organisasi yang diiktiraf oleh Suruhanjaya menurut seksyen 323;
“organisasi peserta” ertinya mana-mana orang yang menjalankan urusan berniaga sekuriti dan diiktiraf sebagai suatu organisasi peserta oleh kaedah-kaedah bursa saham;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 43
“pasaran derivatif” ertinya suatu pasaran atau tempat lain di mana, atau suatu kemudahan yang melaluinya, derivatif lazimnya didagangkan;
“pasaran derivatif terkecuali” ertinya pasaran derivatif yang diisytiharkan sebagai pasaran derivatif terkecuali di bawah perenggan 7(3)(a);
“pasaran diiktiraf” ertinya suatu pasaran saham atau pasaran derivatif yang dikendalikan atau disenggarakan oleh pengendali yang didaftarkan di bawah seksyen 34;
“pasaran modal” ertinya pasaran sekuriti dan pasaran derivatif;
“pasaran saham” ertinya suatu pasaran atau tempat lain di mana, atau suatu kemudahan yang melaluinya—
(a)
tawaran untuk menjual, membeli atau membuat pertukaran sekuriti lazimnya dibuat atau disetuju terima;
(b)
tawaran atau pelawaan yang bermaksud, atau semunasabahnya dijangka, menyebabkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam membuat atau menyetuju terima tawaran untuk menjual, membeli atau membuat pertukaran sekuriti lazimnya dibuat; atau
(c)
maklumat mengenai harga atau balasan, yang baginya, orang tertentu, atau kelas orang tertentu, bercadang, atau boleh dengan munasabahnya dijangkakan akan menjual, membeli atau membuat pertukaran sekuriti lazimnya disediakan;
“pasaran saham terkecuali” ertinya pasaran saham yang diisytiharkan sebagai pasaran saham terkecuali di bawah perenggan 7(3)(a);
“pegawai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993;
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
“pelaburan ditetapkan” ertinya suatu kepentingan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 84(1) *Akta Syarikat 1965 yang telah dikecualikan di bawah seksyen 96 *Akta Syarikat 1965 dan yang berkenaan dengannya Menteri telah membuat suatu penetapan di bawah seksyen 5;
“pemegang unit” ertinya pemegang unit suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“peminjam”, berhubung dengan suatu debentur, ertinya perbadanan yang atau yang akan bertanggungan untuk membayar balik wang di bawah debentur itu;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Syarikat di bawah *Akta Syarikat 1965
dan termasuklah mana-mana Pendaftar Wilayah, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Syarikat;
“penerbit” ertinya—
(a)
dalam hal suatu syer atau debentur, suatu perbadanan yang syer atau debenturnya diterbitkan, ditawarkan bagi langganan atau pembelian atau yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli dibuat;
(b)
dalam hal unit suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, syarikat pengurusan; dan
(c)
dalam hal mana-mana sekuriti lain, orang yang menyediakan, menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau membuat pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti itu;
“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam *Akta
Syarikat 1965, termasuklah rujukan kepada—
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 45
(a)
seseorang yang menduduki tempat atau mengambil peranan dalam posisi sebagai pengarah suatu perbadanan, dengan apa jua nama yang disebut dan sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menduduki tempat, atau bertanggungjawab untuk bertindak dalam posisi itu;
(b)
seseorang yang petunjuk atau arahannya, pengarah suatu perbadanan pada kebiasaannya bertindak;
(c)
seorang pengarah silih ganti atau gantian; atau
(d)
dalam kes perbadanan ditubuhkan atau diperbadankan atau wujud di luar Malaysia—
(i)
anggota lembaga pengarah perbadanan atau badan yang mentadbir;
(ii)
seseorang yang menduduki tempat atau bertindak dalam kedudukan sebagai anggota lembaga perbadanan itu, dengan apa jua nama yang disebut dan sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menduduki tempat, atau telah diberi kuasa untuk bertindak dalam kedudukan itu; atau
(iii)
seseorang yang petunjuk atau arahannya, anggota lembaga perbadanan tersebut pada kebiasaannya bertindak;
“pengarah berkepentingan awam”, berhubung dengan suatu bursa saham, bursa derivatif atau syarikat pemegangan bursa, ertinya orang yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 10;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah perenggan 4(2)(a) *Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498];
“pengurusan kumpulan wang” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Bahagian 2 Jadual 2;
*CATATAN—Dahulunya disebut sebagai Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Tajuk ringkas ditukar oleh seksyen 2 Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015 [Akta A1489] mula berkuat kuasa pada 15 September 2015–lihat P.U. (B) 368/2015.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
“penjamin”, berhubung dengan sesuatu debentur, ertinya seseorang yang menjamin atau telah bersetuju untuk menjamin pembayaran balik apa-apa wang yang dicagar atau kena dibayar di bawah debentur itu;
“penyelesaian”, berhubung dengan suatu kontrak pasaran, ertinya pelepasan hak dan liabiliti pihak-pihak kepada kontrak pasaran itu sama ada melalui pelaksanaan, kompromi atau selainnya; dan termasuklah penyelesaian pada sebahagiannya yang dilakukan mengikut kaedah-kaedah suatu pusat penjelasan diluluskan;
“perancangan kewangan” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Bahagian 2 Jadual 2;
“perbadanan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperbadankan atau wujud di dalam atau di luar
Malaysia dan termasuklah mana-mana syarikat asing tetapi tidak termasuk—
(a)
mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di dalam Malaysia dan, melalui notis oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi syarikat yang disiarkan dalam Warta, diisytiharkan menjadi pihak berkuasa awam atau perantaraan atau agensi Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri atau menjadi pertubuhan perbadanan yang tidak diperbadankan bagi maksud komersial;
(b)
mana-mana perbadanan seorang;
(c)
mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pertubuhan koperasi; atau
(d)
mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai kesatuan sekerja;
“perbadanan tersenarai” ertinya suatu perbadananan yang sekuriti atau mana-mana kelas sekuritinya telah diterima masuk untuk disebut di pasaran saham sesuatu bursa saham;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 47
“perbadanan yang berhubungan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya sesuatu perbadanan yang berhubungan dengan perbadanan yang pertama disebut menurut seksyen 6 *Akta Syarikat 1965;
“perkhidmatan maklumat” ertinya—
(a)
perkhidmatan penyiaran;
(b)
perkhidmatan videoteks atau teleteks interaktif atau penyiaran atau perkhidmatan lain yang seumpamanya;
(c)
perkhidmatan pangkalan data dalam talian atau perkhidmatan lain yang seumpamanya; atau
(d)
mana-mana perkhidmatan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya, tetapi tidak termasuk kemudahan penentuan harga bon;
“perkhidmatan pasaran modal” ertinya apa-apa perkhidmatan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 76A, tetapi tidak termasuk suatu aktiviti terkawal;
“perlembagaan”, berhubung dengan sesuatu syarikat, ertinya memorandum syarikat dan perkara persatuan syarikat itu;
“peserta” ertinya—
(a)
seseorang yang boleh menyertai satu atau lebih perkhidmatan yang disediakan oleh bursa saham atau bursa derivatif; atau
(b)
seseorang yang, di bawah kaedah-kaedah suatu pusat penjelasan diluluskan, boleh menyertai satu atau lebih perkhidmatan yang disediakan oleh pusat penjelasan diluluskan;
“peserta depositori” ertinya seseorang yang baginya peruntukan seksyen 9 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 terpakai;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
“pihak”, berhubung dengan perjanjian yang dicadangkan atau dilepaskan, ertinya seseorang yang akan menjadi pihak kepada perjanjian itu jika perjanjian itu berkuat kuasa;
“pihak berkuasa penyeliaan asing” ertinya suatu pihak berkuasa asing atau mana-mana orang lain yang menjalankan fungsi yang bersamaan dengan fungsi Suruhanjaya di bawah undang-undang sekuriti;
“premis” ertinya mana-mana tempat (sama ada tertutup atau dibina atasnya atau tidak) dan khususnya, termasuklah—
(a)
suatu bangunan, pesawat udara, kenderaan atau vesel;
(b)
apa-apa binaan, sama ada dilekapkan atau boleh alih; dan
(c)
sebahagian daripada premis (termasuk sebahagian daripada premis daripada jenis yang disebut dalam perenggan (a) atau (b));
“produk pasaran modal” ertinya—
(a)
sekuriti;
(b)
derivatif;
(c)
suatu skim persaraan swasta;
(d)
suatu skim unit amanah;
(e)
apa-apa produk atau perkiraan yang berasaskan sekuriti atau derivatif, atau mana-mana gabungannya; dan
(f)
apa-apa produk lain yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu produk pasaran modal;
“pusat penjelasan” ertinya seseorang yang aktiviti atau matlamatnya termasuklah menyediakan kemudahan penjelasan;
“pusat penjelasan diluluskan” ertinya suatu pusat penjelasan yang diluluskan di bawah seksyen 38;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 49
“rekod” termasuklah maklumat yang disimpan atau dirakamkan dengan cara menggunakan komputer, elektronik atau perantara digital atau apa-apa cara lain untuk merekod atau menyimpan;
“rekod perakaunan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, termasuklah invois, resit, perintah bagi pembayaran wang, bil pertukaran, cek, nota janji hutang, baucar dan dokumen kemasukan utama lain dan juga termasuklah apa-apa kertas kerja dan dokumen lain yang perlu untuk menerangkan kaedah dan pengiraan yang sesuatu akaun disediakan dan tidak kira walau bagaimana jua pun disusun, direkodkan atau disimpan;
“repositori dagangan” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diluluskan di bawah seksyen 107B yang mengumpulkan dan menyenggara maklumat atau rekod yang berkenaan dengan transaksi derivatif melalui kaunter atau kedudukan yang dimasuki oleh mana-mana orang, termasuklah mana-mana terma dan syarat berkenaan dengannya, untuk tujuan menyediakan kemudahan penyimpanan rekod berpusat bagi derivatif melalui kaunter;
“sekuriti” ertinya—
(a)
debentur, saham atau bon yang diterbitkan atau dicadangkan untuk diterbitkan oleh mana-mana kerajaan;
(b)
syer dalam atau debentur, sesuatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan; atau
(c)
unit dalam suatu skim unit amanah atau pelaburan ditetapkan, dan termasuklah apa-apa hak, opsyen atau kepentingan yang berkenaan dengannya;
“senarai rasmi”, berhubung dengan pasaran saham suatu bursa saham, ertinya senarai yang menyatakan semua sekuriti yang telah diterima masuk bagi sebut harga dalam pasaran saham bursa saham itu;
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
“skim pelaburan ditetapkan” ertinya suatu pengusahaan, skim, perusahaan, kontrak atau perkiraan berhubung dengan suatu pelaburan ditetapkan;
“skim unit amanah” ertinya apa-apa perkiraan yang dibuat bagi maksud, atau yang mempunyai kesan, menyediakan kemudahan bagi penyertaan orang sebagai benefisiari di bawah suatu amanah dalam keuntungan atau pendapatan yang berbangkit daripada pemerolehan, pemegangan, pengurusan atau pelupusan—
(a)
sekuriti;
(b)
derivatif; atau
(c)
apa-apa harta atau aset lain;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993;
“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam *Akta
Syarikat 1965;
“syarikat pemegangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 5 dan seksyen 5A *Akta Syarikat 1965;
“syarikat pemegangan bursa” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang merupakan syarikat pemegangan mana-mana pertubuhan perbadanan yang diluluskan sebagai bursa saham, bursa derivatif, depositori pusat atau yang diluluskan sebagai pusat penjelasan dan yang telah diluluskan sebagai suatu syarikat pemegangan bursa di bawah seksyen 15;
“syarikat pengurusan” ertinya suatu syarikat yang melaluinya atau yang bagi pihaknya suatu unit skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan—
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 51
(a)
telah atau dicadangkan untuk diterbitkan atau ditawarkan bagi langganan atau pembelian; atau
(b)
yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli telah dibuat, dan termasuklah mana-mana orang yang pada masa ini menjalankan fungsi syarikat pengurusan itu;
“syer mengundi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 *Akta Syarikat 1965;
“Timbalan Pengerusi Eksekutif” ertinya Timbalan Pengerusi
Eksekutif yang dilantik di bawah perenggan 4(2)(b) Akta Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia 1993;
“undang-undang sekuriti”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993;
“unit”, berhubung dengan suatu skim unit amanah, skim persaraan swasta atau skim pelaburan ditetapkan, ertinya apa-apa hak atau kepentingan dalamnya tidak kira dengan apa jua nama disebut dan termasuklah apa-apa subunit skim unit amanah, skim persaraan swasta atau skim pelaburan ditetapkan itu;
“wakil” ertinya seseorang, dengan apa jua nama yang disebut, dalam pekerjaan langsung, atau bertindak bagi, atau melalui perkiraan dengan, seseorang yang menjalankan perniagaan dalam mana-mana aktiviti terkawal, yang menjalankan bagi orang itu mana-mana aktiviti terkawal itu (selain kerja yang pada kebiasaannya dilaksanakan oleh akauntan, kerani atau juruwang), sama ada atau tidak dia diberikan ganjaran, dan sama ada ganjarannya, jika ada, adalah dalam bentuk gaji, upah, komisen atau selainnya.
(2)
Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini” atau
“undang-undang sekuriti” hendaklah, melainkan jika dinyatakan selainnya
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
dengan nyata, termasuklah sebutan mengenai apa-apa peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti, mengikut mana-mana yang berkenaan.