Seksyen 6
Kesan apabila perjanjian menjadi derivatif
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
ActIn forceProvision 6 of 7
Seksyen 6
Jika sesuatu perjanjian yang bukan suatu derivatif apabila ia dibuat menjadi derivatif akibat sesuatu tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak kepada perjanjian itu pada suatu masa terkemudian—
(a)
pihak-pihak kepada perjanjian itu hendaklah disifatkan telah membuat derivatif pada masa terkemudian itu; dan
(b)
perjanjian itu hendaklah menjadi derivatif yang disebut dalam perenggan (a).