Skip to content

Seksyen 4

Kepentingan dalam sekuriti

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

ActIn forceProvision 4 of 7
Seksyen 4

(1)

Jika apa-apa harta yang dipegang sebagai amanah terdiri daripada atau termasuk sekuriti yang seseorang mengetahui atau ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia mempunyai kepentingan, orang itu hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam sekuriti itu.

(2)

Sesuatu hak tidak menjadi suatu kepentingan dalam sekuriti jika—

(a)

hak, yang hak atau kepentingan yang diperihalkan dalam takrif

“kepentingan” dalam seksyen 84 *Akta Syarikat 1965, telah dikeluarkan atau ditawarkan kepada orang ramai untuk dilanggan atau dibeli;

(b)

orang ramai telah dipelawa melanggan bagi atau membeli hak itu, dan hak itu telah dilanggan atau dibeli sedemikian;

atau

(c)

hak itu dipegang oleh syarikat pengurusan dan telah dikeluarkan bagi maksud suatu tawaran kepada orang ramai mengikut erti seksyen 84 *Akta Syarikat 1965.

(3)

Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam sekuriti jika suatu pertubuhan perbadanan mempunyai kepentingan dalam suatu sekuriti dan—

(a)

pertubuhan perbadanan itu, atau pengarahnya sudah biasa, atau berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan orang itu berhubung dengan sekuriti itu;

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(b)

orang itu mempunyai kepentingan mengawal dalam pertubuhan perbadanan itu; atau

(c)

orang itu, atau sekutu orang itu atau orang itu dan sekutunya berhak menjalankan atau mengawal penjalanan tidak kurang daripada lima belas peratus daripada undi yang berhubung kait dengan syer undian dalam pertubuhan perbadanan itu.

(4)

Bagi maksud perenggan (3)(c), seseorang ialah sekutu seorang lain, jika orang yang pertama disebut itu ialah—

(a)

suatu perbadanan yang, menurut kuasa seksyen 6 *Akta

Syarikat 1965 disifatkan mempunyai hubungan dengan seorang yang lain itu;

(b)

seseorang yang mengikut arahan, petunjuk atau kemahuannya seorang yang lain itu sudah biasa atau berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak berhubung dengan sekuriti yang disebut dalam subseksyen (3);

(c)

seseorang yang sudah biasa atau berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan seorang yang lain itu berhubung dengan sekuriti itu;

(d)

suatu pertubuhan perbadanan yang, atau pengarahnya yang sudah biasa atau berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan seorang yang lain itu berhubung dengan sekuriti itu; atau

(e)

suatu pertubuhan perbadanan yang mengikut arahan, petunjuk atau kemahuannya yang, atau mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan pengarahnya yang, seorang lain itu sudah biasa atau berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak berhubung dengan sekuriti itu.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 57

(5)

Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam sekuriti dalam mana-mana satu atau lebih daripada hal keadaan yang berikut jika dia—

(a)

telah membuat kontrak untuk membeli sekuriti;

(b)

mempunyai hak, selain oleh sebab mempunyai kepentingan di bawah suatu amanah, untuk mendapatkan supaya suatu sekuriti dipindahkan kepada dirinya sendiri atau mengikut perintahnya, sama ada hak itu boleh dijalankan pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada dengan memenuhi suatu syarat atau tidak;

(c)

mempunyai hak atau kuasa untuk memperoleh sekuriti atau kepentingan dalam suatu sekuriti, di bawah suatu opsyen, sama ada hak atau kuasa itu boleh dijalankan pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada dengan memenuhi suatu syarat atau tidak; atau

(d)

berhak, selain oleh sebab dia telah dilantik sebagai proksi atau wakil untuk mengundi dalam mesyuarat anggota suatu perbadanan atau suatu kelas anggotanya, untuk menjalankan atau mengawal penjalanan suatu hak yang berhubung kait dengan suatu sekuriti, yang bukan suatu sekuriti yang dia sendiri merupakan pemegang berdaftar.

(6)

Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai suatu kepentingan dalam sekuriti jika sekuriti itu dipegang secara bersesama dengan seorang yang lain.

(7)

Bagi maksud menentukan sama ada seseorang mempunyai kepentingan dalam suatu sekuriti tidaklah material bahawa kepentingan itu tidak boleh dihubungkan dengan suatu sekuriti tertentu.

(8)

Tidak boleh diambil kira—

(a)

suatu kepentingan dalam sekuriti seseorang yang urusan biasanya termasuklah peminjaman wang jika dia memegang kepentingan itu hanya sebagai sekuriti bagi maksud suatu

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

transaksi yang dibuat mengikut penjalanan biasa urusan berkaitan dengan peminjaman wang itu;

(b)

suatu kepentingan seseorang dalam sekuriti yang merupakan suatu kepentingan yang dipegang olehnya oleh sebab dia memegang suatu jawatan ditetapkan; dan

(c)

suatu kepentingan ditetapkan dalam sekuriti yang merupakan kepentingan orang itu, atau orang yang termasuk dalam apa-apa kelas orang, sebagaimana yang ditetapkan.

(9)

Suatu kepentingan dalam sekuriti tidak boleh diambil kira hanya oleh sebab—

(a)

kejauhan kepentingan itu;

(b)

cara yang kepentingan itu timbul; atau

(c)

hakikat bahawa penjalanan suatu hak yang diberikan oleh kepentingan itu adalah tertakluk, atau boleh dijadikan tertakluk pada sekatan atau batasan.