Seksyen 5
Penetapan sekuriti, derivatif dan produk pasaran modal
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
Walau apa pun takrif “sekuriti”, “derivatif”, “sekuriti Islam”
atau “derivatif Islam” di bawah Akta ini dan “kepentingan”
sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 84(1) *Akta Syarikat 1965, Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan apa-apa surat cara atau produk atau kelas surat cara atau produk sebagai—
(a)
sekuriti;
(b)
derivatif;
(c)
produk pasaran modal;
(d)
sekuriti Islam;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 59
(e)
derivatif Islam; atau
(f)
produk pasaran modal Islam, bagi maksud undang-undang sekuriti.
(2)
Jika suatu pengecualian telah diberikan di bawah seksyen 96
*Akta Syarikat 1965, Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu kepentingan terkecuali atau suatu kelas atau kategori kepentingan terkecuali sebagai—
(a)
sekuriti bagi maksud Akta ini atau mana-mana peruntukan tertentu Akta ini; atau
(b)
suatu derivatif bagi maksud Akta ini atau mana-mana peruntukan tertentu Akta ini.
(3)
Dalam penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2)
berkenaan dengan sekuriti, derivatif, produk pasaran modal, sekuriti
Islam, derivatif Islam, atau produk pasaran modal Islam, Menteri boleh—
(a)
bagi maksud mengawal selia pengeluaran, penawaran untuk langganan atau *pembelian, atau pembuatan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, mana-mana sekuriti atau sekuriti Islam, menentukan dalam penetapan mana-mana peruntukan Akta ini terpakai bagi sekuriti atau sekuriti Islam itu;
(b)
dalam hal derivatif atau derivatif Islam, menentukan dalam penetapan itu mana-mana peruntukan Akta ini untuk terpakai bagi derivatif atau derivatif Islam itu; dan
(c)
bagi maksud mengawal selia pengeluaran, penawaran untuk langganan atau pembelian, atau pembuatan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, mana-mana produk pasaran modal atau produk pasaran modal Islam, menentukan dalam penetapan itu mana-mana peruntukan
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Akta ini untuk terpakai bagi produk pasaran modal atau produk pasaran modal Islam itu.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “kepentingan” ertinya kepentingan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 84(1) *Akta Syarikat 1965.