Seksyen 3
Orang bersekutu
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
Sebutan dalam Akta ini mengenai orang yang bersekutu dengan seseorang lain hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai—
(a)
suami atau isteri, atau mana-mana anak di bawah umur
(anak kandung atau angkat) atau anak tiri yang di bawah umur, seseorang itu;
(b)
mana-mana pekerja atau rakan kongsi seseorang itu;
(c)
seseorang lain yang arahan atau petunjuknya orang itu adalah pada kebiasaannya atau berkewajipan untuk bertindak;
(d)
jika orang yang satu lagi itu ialah suatu pertubuhan perbadanan—
(i)
seorang pengarah atau setiausaha pertubuhan perbadanan;
(ii)
suatu pertubuhan perbadanan yang ada hubungan dengan orang yang satu lagi itu; atau
(iii)
seorang pengarah atau setiausaha pertubuhan perbadanan yang berhubungan itu;
(e)
jika perkara yang dimaksudkan oleh sebutan itu ialah takat kuasa untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, kuasa mengundi yang diberikan kepada syer mengundi dalam sesuatu pertubuhan perbadanan, seseorang yang dengannya orang yang satu lagi itu ada, atau bercadang hendak membuat, suatu perjanjian, perkiraan, persefahaman atau aku janji, sama ada formal atau tidak formal dan sama ada nyata atau tersirat—
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 53
(i)
yang oleh sebabnya mana-mana seorang daripada orang itu boleh menjalankan, secara langsung atau tidak langsung mengawal penggunaan, atau secara substansial mempengaruhi penjalanan, apa-apa kuasa mengundi yang berhubung kait dengan syer dalam pertubuhan perbadanan itu;
(ii)
dengan tujuan hendak mengawal atau mempengaruhi keanggotaan lembaga pengarah, atau penjalanan hal ehwal, pertubuhan perbadanan itu; atau
(iii)
yang di bawahnya mana-mana seorang daripada orang itu boleh memperoleh daripada orang yang satu lagi itu syer dalam pertubuhan perbadanan itu atau boleh dikehendaki melupuskan syer itu mengikut arahan orang yang satu lagi itu;
(f)
jika perkara yang dimaksudkan oleh sebutan itu adalah suatu perkara selain takat kuasa untuk menjalankan, atau untuk mengawal penjalanan, kuasa mengundi yang berhubung kait dengan syer mengundi dalam sesuatu pertubuhan perbadanan—
(i)
suatu perbadanan perkongsian yang dengannya orang yang satu lagi itu menjalankan urusan perniagaan dalam derivatif;
(ii)
tertakluk pada subseksyen (2), seseorang yang menjadi rakan kongsi orang yang satu lagi itu, selain disebabkan oleh berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif dalam perkongsian dengan orang yang satu lagi itu;
(iii)
seorang pemegang amanah suatu amanah yang berhubungan dengannya orang yang satu lagi itu mendapat faedah atau boleh mendapat faedah selain oleh sebab transaksi yang dibuat mengikut perjalanan biasa urusan yang berkaitan dengan peminjaman wang;
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
(iv)
seseorang yang menjadi pengarah suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif dan yang orang yang satu lagi itu juga seorang pengarah; atau
(v)
tertakluk pada subseksyen (2), seseorang yang menjadi pengarah suatu pertubuhan perbadanan yang orang yang satu lagi itu ialah seorang pengarah, yang bukan suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif;
(g)
seseorang yang dengannya orang yang satu lagi itu, menurut kuasa mana-mana peraturan-peraturan yang dimasukkan, hendaklah dikira sebagai berkaitan dengan perkara yang dimaksudkan oleh sebutan itu;
(h)
seseorang yang dengannya orang yang satu lagi itu adalah, atau bercadang menjadi, bersekutu, sama ada secara formal atau tidak formal, dengan apa-apa jua cara lain berkenaan dengan perkara yang dimaksudkan oleh sebutan itu; atau
(i)
jika orang yang satu lagi itu telah membuat, atau bercadang membuat, suatu transaksi, atau telah melakukan, atau bercadang melakukan, apa-apa perbuatan atau perkara lain, dengan tujuan untuk menjadi bersekutu dengan seseorang sebagaimana yang disebut dalam mana-mana perenggan terdahulu, orang yang terakhir disebut itu.
(2)
Jika, dalam prosiding di bawah Akta ini, dikatakan bahawa seseorang yang disebut dalam subperenggan (1)(f)(ii) atau (v) telah bersekutu dengan seorang lain pada suatu masa tertentu, orang itu hendaklah disifatkan bukan telah bersekutu sedemikian berhubung dengan perkara yang dimaksudkan oleh prosiding itu melainkan jika orang yang mengatakan penyekutuan itu membuktikan bahawa orang yang pertama disebut pada masa itu telah mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui butir-butir material tentang perkara itu.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 55
(3)
Seseorang tidak boleh dikira bersekutu dengan seseorang lain menurut kuasa perenggan (1)(e), (g) atau (h) semata-mata oleh sebab seorang daripada orang itu memberi nasihat kepada, atau bertindak bagi pihak, orang yang satu lagi itu atas sifat profesionalnya.