Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian X · Penzahiran Maklumat

348. Kuasa Suruhanjaya untuk menghendaki pengemukaan buku

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, jika difikirkannya ada sebab yang mencukupi untuk berbuat demikian, secara bertulis—

(a)

memberikan arahan kepada—

(i)

suatu syarikat pemegangan bursa, suatu bursa saham atau suatu bursa derivatif;

(ii)

seorang anggota lembaga suatu syarikat pemegangan bursa, suatu bursa saham atau suatu bursa derivatif;

(iii)

seseorang yang menjadi atau telah menjadi sama ada bersendirian atau bersama dengan seorang lain atau orang lain, seorang pemegang Lesen Perkhidmatan

Pasaran Modal;

(iv)

seseorang penama yang dikawal oleh seorang yang disebut dalam subperenggan (iii) atau dikawal secara bersesama oleh dua orang atau lebih yang sekurang-kurangnya seorang daripadanya ialah orang yang disebut dalam subperenggan itu; atau

(v)

seseorang yang menjadi atau telah menjadi pegawai atau pekerja, atau ejen, peguam bela dan peguam cara, juruaudit atau orang lain yang bertindak atas apa-apa sifatnya bagi atau bagi pihak, suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif atau

546 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

seseorang yang disebut dalam subperenggan (ii), (iii)

atau (iv), yang menghendaki pengemukaan, kepada Suruhanjaya, apa-apa buku sebagaimana yang ditentukan sedemikian, iaitu buku yang berhubungan dengan—

(A)

urusan atau hal ehwal suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham atau bursa derivatif, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(B)

apa-apa perniagaan dalam sekuriti atau perniagaan dalam derivatif;

(C)

apa-apa nasihat mengenai apa-apa sekuriti atau derivatif atau pengeluaran atau penyiaran laporan atau analisis mengenai apa-apa sekuriti atau derivatif;

(D)

sifat atau kedudukan kewangan, atau apa-apa urusan yang dijalankan oleh, seseorang yang disebut dalam subperenggan (iii) atau (iv); atau

(E)

pengauditan, atau apa-apa laporan seseorang juruaudit mengenai, perniagaan dalam sekuriti atau apa-apa akaun atau rekod pemegang Lesen Perkhidmatan

Pasaran Modal; atau

(b)

memberikan arahan kepada seseorang yang menghendaki supaya dikemukakan, kepada Suruhanjaya, apa-apa buku yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam subperenggan (a)(A), (B), (C), (D) atau (E) yang ada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu:

Dengan syarat bahawa buku itu tidak dikehendaki dikemukakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang boleh mengganggu perjalanan wajar urusan harian biasa orang itu.

(2)

Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai perniagaan dalam sekuriti atau urusan yang dijalankan oleh seseorang termasuklah

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 547

sebutan mengenai perniagaan dalam sekuriti oleh seseorang sebagai pemegang amanah atau urusan yang dijalankan oleh seseorang sebagai pemegang amanah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika Suruhanjaya menghendaki pengemukaan apa-apa buku di bawah seksyen ini dan seseorang itu mempunyai lien ke atas buku itu, pengemukaan buku itu tidaklah menjejaskan lien itu.

(4)

Jika Suruhanjaya menjalankan kuasa di bawah seksyen ini untuk menghendaki seorang lain supaya mengemukakan buku—

(a)

jika buku itu dikemukakan, Suruhanjaya—

(i)

boleh mengambil milikan buku itu dan membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, buku itu;

(ii)

boleh menghendaki orang lain itu atau mana-mana orang yang menjadi pihak dalam penyusunan buku itu membuat suatu pernyataan yang memberi penjelasan mengenai mana-mana buku itu;

(iii)

boleh memegang simpan buku itu selama yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya; dan

(iv)

hendaklah membenarkan orang lain itu, apabila memberi suatu notis yang munasabah dan penentuan buku itu, mempunyai akses kepada buku itu yang ada dalam milikan Suruhanjaya; atau

(b)

jika buku itu tidak dikemukakan, Suruhanjaya boleh menghendaki orang lain itu —

(i)

menyatakan, sepanjang yang dia tahu dan percaya, di mana buku itu boleh dijumpai; dan

(ii)

mengenal pasti orang yang, sepanjang yang dia tahu dan percaya, terakhir mempunyai jagaan ke atas buku itu dan menyatakan, sepanjang yang dia ketahui dan

548 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

percaya, di mana orang yang terakhir disebut itu boleh dijumpai.

(5)

Kuasa yang diberikan oleh seksyen ini untuk membuat suatu kehendak ke atas seseorang itu, jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, termasuk suatu pertubuhan perbadanan yang sedang digulung, atau pernah menjadi suatu pertubuhan perbadanan, yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang dibubarkan, meliputi kehendak mana-mana orang yang menjadi atau telah menjadi seorang pegawai pertubuhan perbadanan itu.

(6)

Jika pada hemat seorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang didapatinya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa terdapat buku di premis tertentu, yang pengemukaannya dikehendaki menurut kuasa seksyen ini, dan yang belum lagi dikemukakan sebagai mematuhi kehendak itu, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran memberi Suruhanjaya atau mana-mana orang yang dinamakan dalam waran itu kuasa, dengan atau tanpa bantuan—

(a)

untuk menggeledah premis itu, memecah buka dan menggeledah mana-mana almari, laci, peti, kotak, bungkusan atau bekas lain, sama ada suatu lekapan atau tidak, di premis itu; dan

(b)

untuk mengambil milikan, atau menjaga supaya tidak diganggu, apa-apa buku yang kelihatan sebagai buku-buku, yang pengemukaannya dikehendaki.

(7)

Kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (6) adalah sebagai tambahan kepada, dan bukannya mengurangkan daripada, mana-mana kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang.

(8)

Dalam seksyen ini, “premis” termasuklah apa-apa struktur, bangunan, pesawat udara, kenderaan, vesel atau tempat.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 549

Report

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules