Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian X · Penzahiran Maklumat

350. Kuasa untuk menentukan bentuk dan cara pengemukaan

Feedback & support
(1)

Jika di bawah mana-mana peruntukan Akta ini—

(a)

mana-mana orang dikehendaki; atau

(b)

kuasa diberikan kepada Suruhanjaya untuk menghendaki mana-mana orang, mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat, penyata atau dokumen, Suruhanjaya boleh menentukan yang maklumat, penyata atau dokumen itu dikemukakan mengikut apa-apa bentuk atau cara dan dalam apa-apa tempoh atau pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Maklumat, penyata atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dikemukakan—

(a)

secara bertulis;

550 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(b)

secara rakaman visual (sama ada imej pegun atau bergerak);

(c)

secara rakaman bunyi; atau

(d)

dengan cara apa-apa rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau apa jua rakaman lain, atas apa-apa bahan, material, benda atau barang.

Report

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules