Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian X · Penzahiran Maklumat
351. Perlindungan
Feedback & supportJika—
Suruhanjaya membuat suatu kehendak di bawah seksyen 348 terhadap seseorang peguam bela dan peguam cara berkenaan dengan sesuatu buku; dan
buku itu mengandungi komunikasi terlindung yang dibuat oleh atau bagi pihak atau kepada peguam bela dan peguam cara atas sifatnya sebagai peguam bela dan peguam cara, peguam bela dan peguam cara berhak enggan mematuhi kehendak itu melainkan jika orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi itu dibuat atau, jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan di bawah penerimaan atau sedang digulung, penerima atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersetuju bagi peguam bela dan peguam cara mematuhi kehendak itu, tetapi jika peguam bela dan peguam cara enggan mematuhi sesuatu kehendak, peguam bela dan peguam cara hendaklah dengan segera memberikan secara bertulis kepada Suruhanjaya nama dan alamat orang yang kepadanya atau olehnya komunikasi itu dibuat.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 551