Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian X · Penzahiran Maklumat
352. Penzahiran kepada Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya boleh menghendaki seseorang pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti menzahirkan kepada Suruhanjaya berhubung dengan apa-apa pemerolehan atau pelupusan sekuriti, apa-apa maklumat termasuk nama orang yang daripadanya atau melaluinya atau bagi pihaknya sekuriti itu diperoleh atau yang kepadanya atau melaluinya atau bagi pihaknya sekuriti itu dilupuskan dan jenis arahan yang diberikan kepada pemegang lesen itu berkenaan dengan pemerolehan atau pelupusan itu.
Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif menzahirkan kepada Suruhanjaya berhubung dengan apa-apa derivatif, apa-apa maklumat termasuk nama orang yang daripadanya atau melaluinya atau bagi pihaknya derivatif itu didagangkan, dan jenis arahan yang diberikan kepada pemegang itu.
Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang yang telah memperoleh atau melupuskan sekuriti atau derivatif menzahirkan kepada Suruhanjaya, sama ada dia memperoleh atau melupuskan sekuriti atau derivatif itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai pemegang amanah bagi, atau bagi atau bagi pihak, orang lain dan, jika dia memperoleh atau melupuskan sekuriti atau derivatif itu sebagai pemegang amanah bagi, atau bagi atau bagi pihak, orang lain, menzahirkan nama orang yang satu lagi itu dan jenis apa-apa arahan yang diberikan kepada orang yang pertama disebut itu berkenaan dengan pemerolehan atau pelupusan itu.
Suruhanjaya boleh menghendaki—
sesuatu bursa saham menzahirkan kepada Suruhanjaya, berhubung dengan suatu pemerolehan atau pelupusan sekuriti di pasaran saham bursa saham itu, nama organisasi peserta yang bertindak dalam pemerolehan atau pelupusan itu; atau 552 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
sesuatu bursa derivatif menzahirkan kepada Suruhanjaya, berhubung dengan perniagaan dalam derivatif di bursa derivatif, nama gabungan yang menjalankan perdagangan itu.
Seseorang yang melanggar kehendak Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Penzahiran maklumat yang berhubungan dengan berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif