Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian X · Penzahiran Maklumat
353. Section 353
Feedback & supportSuruhanjaya boleh menghendaki seseorang menzahirkan kepada Suruhanjaya, berhubung dengan apa-apa perniagaan dalam sekuriti atau perniagaan dalam derivatif sama ada atau tidak perniagaan itu dijalankan bagi pihak orang lain—
nama, dan butir-butir yang mencukupi untuk mengenal pasti orang yang daripadanya, melaluinya atau yang bagi pihaknya sekuriti atau derivatif itu diniagakan atau didagangkan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
jenis arahan yang diberikan kepada orang itu berhubung dengan perniagaan dalam sekuriti atau perniagaan dalam derivatif;
butir-butir mengenai perniagaan dalam sekuriti itu, termasuk—
butir-butir sekuriti yang diniagakan; dan
butir-butir balasan yang diberikan atau diterima bagi perniagaan dalam sekuriti itu atau apa-apa transaksi lain berhubung dengan perniagaan dalam sekuriti itu; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 553
butir-butir mengenai perniagaan dalam derivatif itu, termasuk —
butir-butir derivatif yang didagangkan; dan
butir-butir balasan yang diberikan atau diterima bagi perniagaan dalam derivatif itu atau apa-apa transaksi lain berhubung dengan perniagaan dalam derivatif itu; dan
apa-apa maklumat lain yang ada dalam milikan orang itu sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya sebagaimana yang difikirkan olehnya suai manfaat bagi pentadbiran sewajarnya Akta ini.
Seseorang yang melanggar suatu kehendak Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.