Seksyen 24
Pindaan seksyen 354
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Seksyen 354 Akta ibu dipinda dengan menggantikan bagi subseksyen 354(10) dengan subseksyen yang berikut:
“(10) Setakat yang apa-apa amaun yang didapatkan di bawah perenggan 3(d) atau subseksyen (9) tidak diagihkan oleh sebab kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, amaun tersebut hendaklah—
(a)
dibayar kepada Dana Pampasan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau
(b)
dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membayar—
(i)
kos membangunkan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau
(ii)
kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.”.
72
Undang-Undang Malaysia