Seksyen 28
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Amendment ActIn forceProvision 87 of 87
Seksyen 28
(1)
Jika apa-apa kesulitan timbul berkenaan dengan pemakaian mana-mana satu atau lebih peruntukan yang dimasukkan atau dipinda oleh Akta ini dan peruntukan kecualian dan peralihan,
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa ubahsuaian dalam mana-mana satu peruntukan atau lebih yang ternyata kepadanya perlu untuk memberi kesan sepenuhnya kepada peruntukan Akta ini atau untuk mencegah anomali.
(2)
Menteri tidak boleh melaksanakan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1) selepas berakhirnya tempoh dua tahun dari tarikh kuat kuasa.