Skip to content

Seksyen 256L

Suruhanjaya boleh menolak sesuatu permohonan di bawah seksyen 256I jika—

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 65 of 87
Seksyen 256L

(a)

pengurus pemegang amanah tidak memegang suatu

Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang;

(b)

permohonan tidak dibuat mengikut Penggal ini;

(c)

pengurus pemegang amanah telah gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak Akta ini atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;

(d)

apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan kepada Suruhanjaya berkenaan dengan permohonan itu adalah palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material;

(e)

Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pendaftaran atau pengiktirafan tidak bagi kepentingan pelabur; atau

(f)

Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pendaftaran atau pengiktirafan bertentangan dengan kepentingan awam.

49

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)