Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 · As enacted · Bahagian VI · Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas
25. Pindaan seksyen 355
Feedback & supportSeksyen 355 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen 355(10) dengan subseksyen yang berikut:
“(10) Setakat yang apa-apa amaun yang boleh didapatkan di bawah perenggan (3)(e) atau subseksyen (9) tidak diagihkan oleh sebab kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, amaun tersebut hendaklah—
dibayar kepada Dana Pampasan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau
dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membayar—
kos membangunkan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau
kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.”.