Seksyen 256Y
Penggantian pengurus pemegang amanah
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Jika pengurus pemegang amanah telah dipecat di bawah seksyen 256W atau telah meletak jawatan di bawah seksyen 256X, pemegang unit hendaklah melantik seorang pengurus pemegang amanah baru mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
57
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(2)
Walau apa pun dalam surat ikatan atau dalam apa-apa perjanjian antara pengurus pemegang amanah dan pemegang unit, Suruhanjaya boleh memecat pengurus pemegang amanah itu dan melantik dalam jawatannya pengurus pemegang amanah yang lain atau pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang.