Seksyen 256M
Penarikan balik pendaftaran atau pengiktirafan
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Suruhanjaya boleh menarik balik sesuatu pendaftaran atau pengiktirafan yang telah diberikan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
(a)
pengurus pemegang amanah atau mana-mana pegawainya telah gagal untuk mematuhi atau melanggar—
(i)
apa-apa terma atau syarat yang dikenakan oleh
Suruhanjaya;
(ii)
apa-apa garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; atau
(iii)
apa-apa kehendak di bawah Akta ini;
(b)
apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan kepada Suruhanjaya di bawah Penggal ini adalah palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material; atau
(c)
ia adalah bagi kepentingan pemegang unit atau kepentingan awam untuk menarik balik pendaftaran atau pengiktirafan itu.
(2)
Suruhanjaya hendaklah memberi orang itu suatu peluang untuk didengar sebelum apa-apa keputusan dibuat di bawah subseksyen (1).