Seksyen 256S
Penzahiran kepentingan dalam transaksi
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Pengarah pengurus pemegang amanah yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, berkepentingan dalam suatu transaksi atau transaksi yang dicadangkan yang dibuat atau akan dibuat oleh pengurus pemegang amanah itu bagi atau bagi pihak amanah perniagaan itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas fakta yang berkaitan diketahui olehnya, mengisytiharkan jenis kepentingannya dalam mesyuarat pengarah pengurus pemegang amanah itu, mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
(2)
Pengarah pengurus pemegang amanah yang memegang apa-apa jawatan atau memiliki apa-apa harta jika kewajipan atau kepentingannya berkenaan dengan jawatan atau harta itu mungkin bercanggah dengan kewajipan atau tanggungjawabnya di bawah seksyen 256Q hendaklah mengisytiharkan sifat dan takat percanggahan itu pada suatu mesyuarat pengarah pengurus pemegang amanah.