Skip to content

Seksyen 256T

Daftar kepentingan

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 73 of 87
Seksyen 256T

Pengurus pemegang amanah hendaklah mengendalikan suatu daftar mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya yang menunjukkan berkenaan dengan setiap pengarah bagi pengurus pemegang amanah itu, butir tentang—

(a)

unit atau derivatif unit dalam amanah perniagaan itu, yang merupakan unit atau derivatif unit yang berkenaan dengannya pengarah itu mempunyai kepentingan, dan sifat dan takat kepentingan itu;

dan

(b)

debentur amanah perniagaan itu yang berkenaan dengannya pengarah itu mempunyai kepentingan, dan sifat dan takat kepentingan itu.

55

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)