Skip to content

Seksyen 256O

Pengurus pemegang amanah

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 68 of 87
Seksyen 256O

(2)

Pengurus pemegang amanah suatu amanah perniagaan mestilah suatu perbadanan selain syarikat persendirian yang dikecualikan.

(3)

Pengurus pemegang amanah suatu amanah perniagaan tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan selain pengurusan dan pengendalian amanah perniagaan yang baginya dia adalah pengurus pemegang amanah.

(4)

Tertakluk kepada surat ikatan dan dengan kelulusan

Suruhanjaya, pengurus pemegang amanah boleh melantik ejen untuk menjalankan atau melaksanakan apa-apa fungsi berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian amanah perniagaan itu.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.