Seksyen 256K
Pendaftaran atau pengiktirafan amanah perniagaan
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Suruhanjaya boleh berhubung dengan suatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen 256I, mendaftarkan atau mengiktiraf amanah perniagaan itu.
(2)
Suruhanjaya boleh—
(a)
mendaftarkan atau mengiktiraf amanah perniagaan di bawah subseksyen (1); atau
(b)
mendaftarkan atau mengiktiraf amanah perniagaan di bawah subseksyen (1)—
(i)
tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat;
(ii)
dengan apa-apa perubahan; atau
(iii)
dengan apa-apa perubahan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, sebagaimana yang disifatkan patut atau perlu oleh
Suruhanjaya.
(3)
Suruhanjaya boleh mengubah, menambah kepada atau menggugurkan mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) pada bila-bila masa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.
48
Undang-Undang Malaysia
(4)
Seseorang yang melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan.
(5)
Tiada seorang pun boleh mengambil atau menggunakan atau menerima pakai nama, gelaran atau perihalan perkataan
“amanah perniagaan” atau “skim amanah perniagaan” berhubung dengan urusannya atau membuat apa-apa representasi yang memberi kesan itu mengikut apa cara sekalipun melainkan amanah perniagaan itu didaftarkan atau diiktiraf di bawah
Penggal ini.
(6)
Seseorang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan juga didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.
Keengganan untuk mendaftarkan atau mengiktiraf amanah perniagaan