Skip to content

Seksyen 256I

Permohonan bagi pendaftaran atau pengiktirafan

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 62 of 87
Seksyen 256I
(1)

Suatu permohonan bagi pendaftaran amanah perniagaan hanya boleh dibuat oleh seorang pengurus pemegang amanah dan dalam kes permohonan untuk pengiktirafan suatu amanah perniagaan, oleh mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Suatu permohonan untuk pendaftaran atau pengiktirafan suatu amanah perniagaan hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen dan maklumat dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(3)

Suruhanjaya boleh menghendaki maklumat atau dokumen tambahan yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya berhubung dengan permohonan itu.

47

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(4)

Sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah diserahkan bersama dengan fi permohonan yang ditetapkan.