Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Bahagian VI · Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas

256H. Tafsiran dan pemakaian

Feedback & support
(1)

Seksyen 122 dan 123 hendaklah tidak terpakai kepada amanah perniagaan.

(2)

Bagi maksud Penggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“pengarah” termasuklah seseorang yang merupakan ketua pegawai eksekutif;

“pengurus pemegang amanah” ertinya seseorang yang—

(a)

memegang harta atau aset sebagai amanah bagi pemegang unit amanah perniagaan itu; dan

(b)

menguruskan dan mengendalikan harta atau aset itu;

“surat ikatan” ertinya mana-mana surat ikatan yang mewujudkan suatu amanah perniagaan dan memperuntukkan tadbir urus bagi hal ehwalnya dan penjalanan urusannya dan termasuklah mana-mana instrumen yang meminda atau menyentuh surat ikatan itu.

Report