Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 · As enacted · Bahagian VI · Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas
256E. Penarikan balik kebenaran atau pengiktirafan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh menarik balik kebenaran atau pengiktirafan yang telah diberikan di bawah seksyen 256C sekiranya Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
pemohon atau mana-mana pegawainya telah gagal untuk mematuhi atau melanggar—
apa-apa terma atau syarat yang dikenakan oleh
Suruhanjaya;
apa-apa garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; atau
apa-apa kehendak di bawah Akta ini;
apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan kepada Suruhanjaya di bawah Penggal ini adalah palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat peninggalan yang material; atau
ia adalah untuk kepentingan pelabur atau kepentingan awam untuk menarik balik kebenaran atau pengiktirafan yang diberikan di bawah seksyen 256C.
Suruhanjaya boleh, atas permintaan secara bertulis oleh pemohon kepada Suruhanjaya, menarik balik kebenaran atau pengiktirafan yang diberikan di bawah seksyen 256C.
Jika suatu permintaan secara bertulis dibuat kepada
Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya boleh enggan untuk menarik balik kebenaran atau pengiktirafan yang telah diberikan di bawah seksyen 256C, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa—
demi kepentingan pelabur atau kepentingan awam, apa-apa perkara berkenaan dengan produk tak tersenarai itu sepatutnya disiasat sebelum kebenaran atau pengiktirafan ditarik balik di bawah subseksyen (2); atau 44
Undang-Undang Malaysia
penarikan balik kebenaran atau pengiktirafan itu tidak sejajar dengan kepentingan pelabur atau kepentingan awam.
Suruhanjaya hendaklah memberi orang itu suatu peluang untuk didengar sebelum apa-apa keputusan dibuat di bawah subseksyen (1).