Akta Penggalakan Pelaburan 1986 · Updated to 1 Jan 2022 · Bahagian II · Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan
21E. Section 21E
Feedback & supportSeksyen ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat yang telah diberikan taraf perintis di bawah subseksyen 6(1AC).
Tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam perakuan perintis suatu syarikat yang dikeluarkan di bawah seksyen 7, pendapatan sesuatu syarikat perintis bagi setiap tempoh perakaunan perniagaan perintisnya hendaklah dihitung mengikut Akta ibu dengan—
menyifatkan setiap tempoh perakaunan itu sebagai tempoh asas bagi tahun taksiran yang termasuklah hari terakhir bagi tempoh perakaunan yang berkenaan itu; dan
menentukan pendapatan yang berkenaan seolah-olah ia pendapatan statutori daripada perniagaan perintis bagi tahun taksiran itu.
Bagi mengelakkan keraguan, pendapatan syarikat perintis yang disebut dalam subseksyen (2) tidak termasuk apa-apa pendapatan daripada royalti dan pendapatan lain yang berpunca daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitan secara komersial hak itu.
Apa-apa pendapatan yang berpunca daripada hak harta intelek yang disebut dalam subseksyen (2A) adalah tertakluk pada cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Bagi maksud seksyen ini, “hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada mana-mana paten, penemuan dan inovasi utiliti,
Penggalakan Pelaburan 55
hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian geran perlindungan varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh daftar.
Amaun pendapatan syarikat yang didapati di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk pada—
apa-apa sekatan di bawah seksyen 21A; dan
apa-apa pengurangan oleh kerugian larasan daripada perniagaan perintis syarikat itu menurut subseksyen 25(2).
Syarikat itu hendaklah menyenggarakan suatu penyata yang menunjukkan amaun pendapatan yang didapati di bawah subseksyen (2) atau (3), mengikut mana-mana yang berkenaan.
(Dipotong oleh Akta A1400).
Penghitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai berkenaan dengan taraf perintis yang diberikan di bawah subseksyen 6(1) bagi permohonan di bawah subseksyen 5(1D)