Akta Penggalakan Pelaburan 1986 · Updated to 1 Jan 2022 · Bahagian II · Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan
21A. Sekatan pendapatan yang dihitung semasa tempoh pelepasan cukai
Feedback & supportJika sesuatu syarikat perintis telah ditentukan sebagai mempunyai kerugian larasan bagi tempoh asas untuk suatu tahun taksiran berkenaan dengan sesuatu perniagaan yang berhubungan dengan—
sesuatu aktiviti atau pengilangan suatu keluaran yang bukannya suatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan;
sesuatu aktiviti atau pengilangan suatu keluaran yang merupakan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang baginya ia tidak diberikan kelulusan taraf perintis atau kelulusan di bawah seksyen 27, sekian banyak daripada pendapatan statutori syarikat perintis
50
Undang-Undang Malaysia mana-mana berkenaan dengan perniagaan perintisnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 21 bagi tahun taksiran itu hendaklah dikurangkan dengan sebanyak kerugian itu.
Jika sesuatu syarikat perintis telah ditentukan sebagai mempunyai kerugian larasan bagi tempoh asas untuk suatu tahun taksiran berkenaan sesuatu perniagaan yang berhubungan dengan sesuatu aktiviti atau pengilangan suatu keluaran yang merupakan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang telah diberikan taraf perintis atau kelulusan di bawah seksyen 27 tetapi yang tempoh pelepasan cukainya atau tempoh yang ditetapkan di bawah perenggan 29(2)(b), (c) atau (d) telah tamat, sekian banyak daripada pendapatan statutori syarikat perintisnya itu berkenaan dengan atau perniagaan perintisnya yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 21 bagi tahun taksiran itu hendaklah dikurangkan dengan sebanyak kerugian itu.
Sekian banyak daripada kerugian itu yang telah dipergunakan untuk mengurangkan pendapatan statutori syarikat perintis itu berkenaan dengan perniagaan perintisnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tahun taksiran itu tidak dimasuk kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta ibu.
Walau apa pun peruntukan lain Bab ini, jika dalam suatu tahun taksiran, terdapat pelarasan kepada kerugian yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) bagi mana-mana tahun taksiran yang mengakibatkan pengurangan atau penambahan kerugian itu, tertakluk pada subseksyen 91(4) Akta ibu, Ketua Pengarah boleh dalam tahun taksiran yang mula-mula disebut atau dalam masa enam tahun selepas tamatnya tahun taksiran itu membuat—
pelarasan kepada pendapatan statutori syarikat perintis yang ditentukan di bawah seksyen 21 bagi tahun taksiran itu; atau
pentaksiran bagi tahun taksiran itu sebagaimana yang didapatinya perlu untuk menindak balas apa-apa faedah pengecualian yang diperoleh sebelum pelarasan kerugian itu.
Penggalakan Pelaburan 51
Penghitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai berkenaan dengan permohonan yang diterima pada atau selepas 1 November 1991