Akta Penggalakan Pelaburan 1986 · Updated to 1 Jan 2022 · Bahagian II · Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan
21J. Section 21J
Feedback & supportSeksyen ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat yang telah diberikan taraf perintis di bawah subseksyen 6(1AG), dengan syarat bahawa suatu permohonan di bawah subseksyen 5(1DD)
diterima pada atau selepas tarikh yang ditetapkan dalam perintah statutori yang disiarkan dalam Warta.
Tertakluk pada apa-apa syarat yang boleh dinyatakan dalam perakuan perintis suatu syarikat yang dikeluarkan di bawah seksyen 7, bagi maksud penghitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai berkenaan dengan subseksyen (1), bagi suatu syarikat yang mengusahakan pelaburan semula dalam industri berasaskan sumber, aktiviti pemprosesan makanan, perniagaan hotel dan projek pelancongan, subseksyen 21B(2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai mutatis mutandis.
Tertakluk pada apa-apa syarat yang boleh dinyatakan dalam
58
Undang-Undang Malaysia perakuan perintis suatu syarikat yang dikeluarkan di bawah seksyen 7, bagi maksud penghitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai berkenaan dengan subseksyen (1), bagi suatu syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak, subseksyen 21E(2), (3) dan (4)
hendaklah terpakai mutatis mutandis.
Tertakluk pada apa-apa syarat yang boleh dinyatakan dalam perakuan perintis suatu syarikat yang dikeluarkan di bawah seksyen 7, bagi maksud penghitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai berkenaan dengan subseksyen (1), bagi mengeluarkan keluaran nilai ditambah menggunakan biojisim kelapa sawit, subseksyen 21C(2), (2A), (3) dan (4) hendaklah terpakai mutatis mutandis.
Tertakluk pada apa-apa syarat yang boleh dinyatakan dalam perakuan perintis suatu syarikat yang dikeluarkan di bawah seksyen 7, bagi maksud penghitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai berhubung dengan suatu permohonan di bawah subseksyen (1), bagi aktiviti atau keluaran selain yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3) dan (4), hendaklah tujuh puluh peratus daripada pendapatan nilai tambahan syarikat itu bagi tahun taksiran itu, dan subseksyen 21C(2), (2A), (3) dan (4) hendaklah terpakai mutatis mutandis.