Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian II · Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan

21B. Section 21B

Feedback & support
(1)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat yang telah diberikan taraf perintis menurut suatu permohonan bagi taraf perintis yang diterima pada atau selepas 1 November 1991 selain suatu syarikat yang telah diberikan taraf perintis di bawah subseksyen 6(1AB).

(2)

Tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam perakuan perintis suatu syarikat yang dikeluarkan di bawah seksyen 7, pendapatan sesuatu syarikat perintis bagi setiap tempoh perakaunan perniagaan perintisnya hendaklah dihitung mengikut Akta ibu dengan—

(a)

menyifatkan setiap tempoh perakaunan itu sebagai tempoh asas bagi tahun taksiran yang termasuklah hari terakhir bagi tempoh perakaunan yang berkenaan itu; dan

(b)

menentukan pendapatan yang berkenaan seolah-olah ia pendapatan statutori daripada perniagaan perintis bagi tahun taksiran itu.

(3)

Tujuh puluh peratus daripada amaun pendapatan yang didapati di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk pada—

(a)

apa-apa sekatan di bawah seksyen 21A; dan

(b)

apa-apa pengurangan oleh kerugian larasan daripada perniagaan perintis syarikat itu menurut subseksyen 25(2).

(4)

Bagi maksud Akta ibu, tiga puluh peratus daripada amaun pendapatan yang didapati di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai pendapatan menyeluruh atau sebahagian daripada pendapatan menyeluruh, suatu syarikat perintis bagi tahun taksiran yang relevan itu.

(5)

Syarikat itu hendaklah menyenggarakan suatu penyata yang menunjukkan amaun pendapatan yang didapati di bawah subseksyen (3).

(6)

(Dipotong oleh Akta A1400).

52

Undang-Undang Malaysia

Penghitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai berkenaan dengan taraf perintis yang diberikan kepada syarikat kecil di bawah subseksyen 6(1A)

21BA. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat kecil yang telah diberikan taraf perintis di bawah subseksyen 6(1A), dengan syarat bahawa suatu permohonan di bawah subseksyen 5(1) diterima pada atau selepas 21 Mei 2003.

(2)

Tertakluk pada apa-apa syarat yang boleh dinyatakan dalam perakuan perintis suatu syarikat yang dikeluarkan di bawah seksyen 7, bagi maksud penghitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai berkenaan dengan subseksyen (1), subseksyen 21E(2), (3)

dan (4) hendaklah terpakai mutatis mutandis.

Penghitungan pendapatan semasa tempoh pelepasan cukai berkenaan dengan taraf perintis yang diberikan di bawah subseksyen 6(1AB)

Report

Bab 2

Elaun Cukai Pelaburan

Bab 3

Pengurangan Pendapatan Larasan

Bab 4

Pengurangan Pendapatan Statutori untuk Eksport

Bab 5

Elaun Eksport

Bab 6

Potongan bagi Penggalakan Eksport

Bab 7

Elaun Infrastruktur

Bahagian III

Tambahan

Schedules