Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian II · Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan

21F. Section 21F

Feedback & support
(1)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat berteknologi tinggi atau suatu syarikat yang menubuhkan suatu makmal ujian peranti perubatan atau yang menaik taraf makmal pengujian peranti perubatan yang sedia ada di Malaysia, yang telah diberikan taraf perintis di bawah subseksyen 6(1) bagi suatu permohonan di bawah subseksyen 5(1D).

(2)

Tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam perakuan perintis suatu syarikat yang dikeluarkan di bawah seksyen 7, pendapatan sesuatu syarikat perintis bagi setiap tempoh perakaunan perniagaan perintisnya hendaklah dihitung mengikut Akta ibu dengan—

(a)

menyifatkan setiap tempoh perakaunan itu sebagai tempoh asas bagi tahun taksiran yang termasuklah hari terakhir bagi tempoh perakaunan yang berkenaan itu; dan 56

Undang-Undang Malaysia

(b)

menentukan pendapatan yang berkenaan seolah-olah ia adalah pendapatan statutori daripada perniagaan perintis bagi tahun taksiran itu:

Dengan syarat bahawa dalam hal suatu syarikat yang sedang beroperasi dan menjalankan aktiviti berhubung dengan menaik taraf makmal pengujian peranti perubatan di Malaysia, pendapatan syarikat itu bagi setiap tempoh perakaunan perniagaan perintisnya ialah pendapatan nilai tambahan syarikat itu dan subseksyen 21C(2A), (3)

dan (4) hendaklah terpakai mutatis mutandis.

(3)

Amaun pendapatan syarikat yang didapati di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk pada—

(a)

apa-apa sekatan di bawah seksyen 21A; dan

(b)

apa-apa pengurangan oleh kerugian larasan daripada perniagaan perintis syarikat itu menurut subseksyen 25(2).

(4)

Syarikat itu hendaklah menyenggarakan suatu penyata yang menunjukkan amaun pendapatan yang didapati di bawah subseksyen (2) atau (3), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1400).

Report

Bab 2

Elaun Cukai Pelaburan

Bab 3

Pengurangan Pendapatan Larasan

Bab 4

Pengurangan Pendapatan Statutori untuk Eksport

Bab 5

Elaun Eksport

Bab 6

Potongan bagi Penggalakan Eksport

Bab 7

Elaun Infrastruktur

Bahagian III

Tambahan

Schedules