Akta Penggalakan Pelaburan 1986 · Updated to 1 Jan 2022 · Bahagian II · Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan
21C. Section 21C
Feedback & supportSeksyen ini hendaklah terpakai bagi syarikat yang telah diberikan taraf perintis di bawah subseksyen 6(1AB).
Tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam perakuan perintis suatu syarikat yang dikeluarkan di bawah seksyen 7, pendapatan sesuatu syarikat perintis bagi setiap tempoh perakaunan perniagaan perintisnya hendaklah dihitung mengikut Akta ibu dengan—
menyifatkan setiap tempoh perakaunan itu sebagai tempoh asas bagi tahun taksiran yang termasuklah hari terakhir bagi tempoh perakaunan yang berkenaan itu; dan
menentukan pendapatan yang berkenaan seolah-olah ia pendapatan statutori daripada perniagaan perintis bagi tahun taksiran itu:
Dengan syarat bahawa dalam hal suatu syarikat yang sedang beroperasi di Malaysia, pendapatan syarikat itu bagi setiap tempoh perakaunan perniagaan perintisnya ialah pendapatan nilai tambahan syarikat itu.
Penggalakan Pelaburan 53
Bagi maksud seksyen ini—
“pendapatan nilai tambahan” ertinya pendapatan statutori bagi tempoh asas bagi tahun taksiran tolak pendapatan asas yang dilaraskan mengikut inflasi; dan
“pendapatan asas yang dilaraskan mengikut inflasi”
hendaklah ditentukan mengikut formula—
untuk tahun pertama, dari hari pengeluaran:
A (1+B)
di mana:
A ialah pendapatan statutori purata untuk sehingga tiga tahun sebelum hari pengeluaran; dan
B ialah kadar inflasi untuk tahun asas;
untuk tahun kedua, dari hari pengeluaran dan kemudiannya:
C (1+B)
di mana:
C ialah pendapatan yang dilaraskan mengikut inflasi untuk tahun yang sebelumnya; dan
B ialah kadar inflasi untuk tahun asas.
Amaun pendapatan syarikat yang didapati di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk pada—
apa-apa sekatan di bawah seksyen 21A; dan
apa-apa pengurangan oleh kerugian larasan daripada perniagaan perintis syarikat itu menurut subseksyen 25(2).
Syarikat itu hendaklah menyenggarakan suatu penyata yang menunjukkan amaun pendapatan yang didapati di bawah
54
Undang-Undang Malaysia subseksyen (2) atau (3), mengikut mana-mana yang berkenaan.
(Dipotong oleh Akta A1400).