Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian II · Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan

21. Penghitungan pendapatan di sepanjang tempoh pelepasan cukai

Feedback & support
(1)

Pendapatan sesuatu syarikat perintis bagi setiap tempoh perakaunan bagi perniagaan perintisnya hendaklah dihitung mengikut

Akta ibu dengan—

(a)

menyifatkan setiap tempoh perakaunan itu sebagai tempoh asas bagi tahun taksiran yang termasuk hari akhir bagi tempoh perakaunan yang berkenaan itu; dan

(b)

menentukan pendapatan yang berkenaan seolah-olah ia pendapatan statutori daripada perniagaan perintis bagi tahun taksiran itu.

(2)

Amaun pendapatan sesuatu syarikat yang ditentukan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada—

(a)

apa-apa syarat yang dinyatakan dalam perakuan perintis

Penggalakan Pelaburan 49

syarikat itu yang dikeluarkan di bawah seksyen 7;

(b)

apa-apa sekatan di bawah seksyen 21A.

(3)

Jika sesuatu amaun didapati di bawah subseksyen (1) atau di bawah subseksyen (1) dan (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika amaun itu dikurangkan oleh kerugian larasan daripada perniagaan perintis syarikat itu menurut subseksyen 25(2), syarikat itu hendaklah menyenggarakan suatu penyata yang menunjukkan amaun yang berkenaan atau amaun yang dikurangkan yang berkenaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1400).

(5)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi—

(a)

suatu syarikat yang telah diberikan taraf perintis sebelum 1 November 1991 menurut suatu permohonan bagi taraf perintis yang diterima sebelum 1 November 1991; dan

(b)

suatu syarikat yang telah diberikan taraf perintis pada atau selepas 1 November 1991 tetapi permohonannya bagi taraf perintis telah diterima sebelum 1 November 1991.

Report

Bab 2

Elaun Cukai Pelaburan

Bab 3

Pengurangan Pendapatan Larasan

Bab 4

Pengurangan Pendapatan Statutori untuk Eksport

Bab 5

Elaun Eksport

Bab 6

Potongan bagi Penggalakan Eksport

Bab 7

Elaun Infrastruktur

Bahagian III

Tambahan

Schedules