Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VII · Kumpulan Kewangan
114. Perniagaan syarikat pemegangan kewangan
Feedback & support(1)
Melainkan jika diluluskan sebaliknya oleh Bank, syarikat pemegangan kewangan orang berlesen tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan, selain perniagaan pemegangan pelaburan secara langsung atau tidak langsung dalam perbadanan yang terlibat terutamanya dalam perkhidmatan kewangan atau dalam perkhidmatan lain yang berkaitan dengan atau bagi maksud perkhidmatan kewangan itu.
(2)
Bank boleh menentukan standard untuk memberi kesan penuh kepada subseksyen (1).