Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VII · Kumpulan Kewangan
119. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan perenggan 116(3)(e)
Feedback & supportSuatu arahan yang dikeluarkan menurut perenggan 116(3)(e) boleh mengarahkan syarikat pemegangan kewangan itu untuk menerbitkan syer atau instrumen modal lain dalam jenis yang ditentukan dalam arahan itu.
Jika syarikat pemegangan kewangan itu menerbitkan syer atau instrumen modal lain yang mematuhi suatu arahan menurut subseksyen (1), syarikat pemegangan kewangan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis kepada anggota syarikat pemegangan kewangan itu, bagi melanggan syer itu atau instrumen modal lain dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu.
Jika anggota syarikat pemegangan kewangan itu tidak melanggan syer atau instrumen modal lain dalam tempoh yang ditentukan dalam notis yang diberikan oleh syarikat pemegangan kewangan itu menurut subseksyen (2), Bank boleh mengeluarkan suatu arahan lanjut menurut subseksyen 116(2) kepada syarikat
Perkhidmatan Kewangan 139
pemegangan kewangan itu untuk menghendaki syarikat pemegangan kewangan itu menguntukkan syer atau instrumen modal lain itu kepada orang yang diputuskan oleh Bank.