Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VII · Kumpulan Kewangan
120. Kuasa untuk memecat pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 262, Bank boleh melalui suatu notis secara bertulis, memecat pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan sekiranya pada pendapat Bank pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan itu—
tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 60 yang terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan menurut seksyen 115, dan gagal untuk terhenti memegang jawatan itu atau bertindak dalam sifat sedemikian; atau
telah gagal untuk mematuhi atau melalui tindakan atau kecuaian telah menyumbang kepada kemungkiran atau pelanggaran, mana-mana peruntukan Akta ini, suatu arahan
Bank yang disebut dalam seksyen 116 atau suatu aku janji yang boleh dikuatkuasakan yang diterima oleh Bank di bawah seksyen 259.
Pengarah atau ketua pegawai eksekutif yang dipecat daripada jawatan atau pekerjaan dalam syarikat pemegangan kewangan di bawah subseksyen (1) hendaklah terhenti memegang jawatan yang dia dipecat berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu dan hendaklah terhenti terlibat dengan perniagaan atau hal ehwal syarikat pemegangan kewangan itu.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak perkhidmatan atau mana-mana perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, pemecatan pengarah atau ketua
140 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
pegawai eksekutif itu di bawah subseksyen (1) tidak memberi hak kepadanya untuk menuntut apa-apa pampasan bagi pemecatan itu.