Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VII · Kumpulan Kewangan

115. Kehendak berhemat atas syarikat pemegangan kewangan dan subsidiari

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), Bahagian V hendaklah terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan seolah-olah sebutan dalam Bahagian itu mengenai “institusi” atau “orang berlesen” ialah sebutan mengenai “syarikat pemegangan kewangan”.

(2)

Menteri boleh, atas syor Bank, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan bahawa semua atau mana-mana peruntukan Bahagian V—

(a)

tidak terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan; atau

Perkhidmatan Kewangan 135

(b)

terpakai dengan apa-apa ubah suaian selaras dengan objektif pengawalseliaan Akta ini.

(3)

Bank boleh menentukan standard mengenai perkara berhemat di bawah seksyen 47 atas subsidiari syarikat pemegangan kewangan, sekiranya pada pendapat Bank bahawa aktiviti subsidiari itu boleh menimbulkan risiko kepada orang berlesen atau kumpulan kewangannya.

(4)

Suatu subsidiari syarikat pemegangan kewangan yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya selaras dengan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen itu.

(5)

Syarikat pemegangan kewangan atau mana-mana subsidiarinya yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dikeluarkan oleh Bank di bawah mana-mana peruntukan Akta ini yang terpakai baginya di bawah seksyen ini melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil suatu tindakan di bawah perenggan 234(3)(b) sebagai tambahan kepada tindakan penguatkuasaan lain yang Bank diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini.

Report

Bahagian VIII

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian IX

Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Asing

Bahagian X

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XI

Pemeriksaan

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules