Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VII · Kumpulan Kewangan
116. Kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada syarikat pemegangan kewangan dan subsidiari
Feedback & supportBank boleh mengeluarkan satu atau lebih arahan yang ditentukan dalam subseksyen (2) atau (3), sekiranya pada pendapat
Bank bahawa—
syarikat pemegangan kewangan itu, subsidiarinya atau pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan syarikat pemegangan kewangan itu atau subsidiari itu—
melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau menuruti atau akan menuruti apa-apa pelakuan atau
136 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
menjalankan perniagaannya, dengan cara yang memudaratkan keselamatan dan kekukuhan orang berlesen;
telah gagal untuk mematuhi mana-mana standard, notis, syarat, penentuan, kehendak, sekatan, arahan atau kod yang ditentukan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini atau suatu arahan di bawah subseksyen 214(6) atau seksyen 216 tidak kira sama ada tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan ketidakpatuhan itu; atau
telah memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini yang terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya, Akta Bank Negara Malaysia 2009
atau mana-mana undang-undang bertulis, selain undang-undang sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, tidak kira sama ada tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu; atau
mana-mana keadaan yang wujud berkenaan dengan kumpulan kewangan yang boleh memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada keselamatan atau kekukuhan orang berlesen.
Tertakluk pada seksyen 262, Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis kepada syarikat pemegangan kewangan, mana-mana subsidiarinya atau pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan itu atau subsidiari itu, untuk terhenti atau menahan daripada melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan atau melakukan apa-apa perbuatan, berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya sekiranya pada pendapat
Bank bahawa ia perlu untuk memperbetulkan mana-mana hal keadaan dalam subseksyen (1).
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (2) dan tertakluk pada seksyen 262, suatu arahan di bawah subseksyen (2) boleh termasuk mana-mana satu atau lebih arahan yang berikut:
Perkhidmatan Kewangan 137
untuk mengubah atau menamatkan apa-apa perjanjian atau perkiraan selain apa-apa perjanjian kewangan yang layak yang dibuat oleh syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya dengan mana-mana orang berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya;
untuk melupus semua atau mana-mana pelaburan atau aset yang dipegang oleh syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya dalam mana-mana pertubuhan perbadanan;
untuk melarang syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya daripada menjalankan mana-mana bahagian perniagaannya;
untuk melarang syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya daripada membuat apa-apa transaksi atau kelas transaksi lain, atau untuk membuat transaksi tertakluk pada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau
berkenaan dengan syarikat pemegangan kewangan, untuk menaikkan modalnya kepada apa-apa amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.