Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian XVI · Peruntukan Am

260. Peraturan-peraturan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, atas syor Bank, membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi—

(a)

memberikan kesan penuh kepada peruntukan Akta ini;

(b)

menjalankan atau mencapai objektif pengawalseliaan dan maksud Akta ini;

(c)

melaksanakan selanjutnya, dengan lebih baik atau dengan lebih mudah peruntukan Akta ini; atau

(d)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara tambahan, sampingan atau berbangkit berhubung dengan Akta ini.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen

(1)

, peraturan-peraturan boleh dibuat—

Perkhidmatan Kewangan 263

(a)

untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan oleh Bank melalui penyeliaan, pengawalseliaan, sekatan, larangan, atau bagaimana jua pun selainnya, berkenaan dengan penyediaan pembiayaan, aktiviti perantaraan kewangan sebagaimana yang diertikan dalam seksyen 211, perkhidmatan perbankan atau perkhidmatan insurans yang diberikan atau dijalankan oleh orang selain orang yang diberi kuasa atau orang berdaftar;

(b)

untuk mengadakan peruntukan mengenai borang berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;

(c)

untuk mengadakan peruntukan bagi fi kena dibayar kepada

Bank berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini; dan

(d)

untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti atas apa-apa kesalahan di bawah peraturan-peraturan yang tidak melebihi pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan semua atau mana-mana golongan, kategori atau perihalan orang, dan boleh membuat peruntukan berlainan bagi golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.

Report

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules